
Transcription
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANSERI TANJUNGKERJA LAPANGAN GEOGRAFITINGKATAN 3TAJUK:POTENSI KEGIATANPELANCONGAN DI PRESINT 6,WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYALaporan Kerja LapanganDisediakan oleh:Nor Amira Binti Mat AzizTingkatan 3 Pintar
Penghargaan1Pendahuluan1Objektif Kerja Lapangan1Kawasan Kerja Lapangan1Kaedah Kerja Lapangan2Hasil Kerja Lapangan3Rumusan5Rujukan6Lampiran7Laporan Kerja LapanganSenarai Kandungan
PENGHARGAANSaya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Nor Atikah Abdullah,pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung, kerana memberi kebenarankepada saya untuk menjalankan kerja lapangan ini. Ucapan terima kasih juga sayatujukan kepada guru geografi saya, Encik Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman yangsentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkanribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberikan sokongandan dorongan sepanjang kerja lapangan ini dilaksanakan. Tidak lupa juga kepadarakan-rakan saya, Humairah binti Jamal, Siti Hajar binti Yakob dan Safa Atikah bintiAhmad atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan. Akhir sekali, saya inginmengucapkan terima kasih kepada responden dan semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kerjalapangan ini.PENDAHULUANSaya telah memilih tajuk Potensi Kegiatan Pelancongan di Presint 6, WilayahPersekutuan Putrajaya. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan ini merupakan antarakawasan tumpuan pengunjung yang datang melawat ke Putrajaya. Kawasan ini jugaterletak berhampiran dengan rumah saya, iaitu menepati tema kerja lapangan yangmemerlukan pemilihan kawasan berhampiran dengan tempat tinggal atau sekolah.Saya akan mengkaji tentang potensi jenis pelancongan yang dapat dijalankan,masalah yang berlaku dan cadangan yang dapat mengatasi masalah yang berlaku dikawasan kerja lapangan saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja lapanganini ialah lapan minggu. Kerja lapangan ini perlu ditulis secara individu.OBJEKTIF KERJA LAPANGANObjektif kerja lapangan ini adalah seperti yang berikut:(a) Mengenal pasti jenis pelancongan yang berpotensi di Presint 6, WilayahPersekutuan Putrajaya.(b) Menghuraikan masalah-masalah pelancongan di Presint 6, Wilayah PersekutuanPutrajaya.(c) Menjelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pelancongan di Presint 6,Wilayah Persekutuan Putrajaya.Laporan Kerja LapanganKAWASAN KERJA LAPANGANKawasan kerja lapangan saya ialah Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kawasanini terletak berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6 yangmempunyai kolam renang, kemudahan sukan air seperti kayak, ski air, polo air dandisediakan juga laluan untuk berjoging.Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah dan terdapat tasik buatan. Terdapat1
sebuah hotel bertaraf lima bintang berhampiran kawasan kerja lapangan saya.Selain itu, kawasan kerja lapangan saya juga bersebelahan dengan pusat maritim yangmenyediakan kemudahan kolam renang, restoran, gimnasium, gelanggang skuasy danjuga perkhidmatan Cruise Tasik.UKompleksSukan AirPutrajayautuanersekah PWilay utrajayaPngorSelaB15Presint 6PullmanPutrajayaLakesideJalanP5ngkilran DePersiaPusat KonvensyenPresint 5 n CabaranPutrajayaPersiarJalan P5an SelatanPresint 20Peta 1 Kawasan kerja lapangan di Presint 6, Wilayah Persekutuan PutrajayaKAEDAH KERJA LAPANGANSaya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menyiapkan kajian ini.Antaranya ialah:PemerhatianSaya telah menggunakan kaedah ini untuk memerhati jenis pelancongan dankemudahan yang terdapat di kawasan kerja lapangan.Saya telah menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 15 responden dikawasan kerja lapangan.RujukanSaya telah melayari Internet bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenaikawasan kerja lapangan. Saya juga telah merujuk buku teks, keratan akhbar danberkunjung ke pejabat Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6 bagi mendapatkansegala maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan kerja lapangan saya.2Laporan Kerja LapanganSoal selidik
HASIL KERJA LAPANGANJenis Kegiatan Pelancongan yang Berpotensi DimajukanHasil kerja lapangan yang telah saya jalankan, saya dapati kawasan ini sangatberpotensi untuk aktiviti pelancongan berasaskan sukan air dan juga rekreasi.Pelancongan sukan airBerdasarkan pemerhatian saya, Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6 amat sesuaiuntuk dijadikan kawasan pelancongan sukan air. Kawasan ini terdapat tasik buatanyang luas dan sangat sesuai untuk dianjurkan pertandingan seperti kayak, perahunaga, perahu layar, ski air dan renang maraton. Pada kejohanan Sukan SEA 2017,telah diadakan pertandingan renang terbuka dan ski air di sini yang turut dimenangioleh peserta dari negara kita, iaitu Aaliyah Yoong Hanifah. Oleh yang demikian,perancangan yang tersusun dan promosi yang lebih giat perlulah diberi perhatianagar lebih banyak kejohanan sukan air dapat dianjurkan di kawasan ini. Secara tidaklangsung, pelancongan sukan air ini akan semakin mendapat tempat di negara kita.Pelancongan rekreasiKawasan kerja lapangan saya juga mempunyai binaan bangunan yang cantik sepertihotel bertaraf lima bintang, landskap yang menarik dengan suasana persekitaranyang tenang dan damai. Terdapat juga pantai buatan yang dibina di sini. Selain itu,pengunjung juga boleh menikmati keindahan tasik dengan menaiki perahu DondangSayang atau Cruise Tasik. Bagi perkhidmatan Cruise Tasik, terdapat beberapapakej yang menarik yang disediakan termasuk pakej menikmati suasana matahariterbenam. Saya berpendapat, kegiatan pelancongan rekreasi sangat sesuai dijalankandi kawasan kerja lapangan saya.Foto 2 Permainan ski airLaporan Kerja LapanganFoto 1 Cruise TasikFoto 3 Pemenang pingat emas acara ski airSukan SEA 20173
Masalah Pelancongan yang Wujud di Presint 6, Wilayah PersekutuanPutrajayaTiada kemudahan pengangkutan awamPerkhidmatan pengangkutan awam seperti bas tidak disediakan untuk ke kawasankerja lapangan saya. Perhentian bas juga tidak dibina di kawasan sekitar. Hal inidemikian kerana kawasan ini mempunyai kawasan kediaman penduduk yang terhad.Keadaan ini juga menyukarkan pengunjung untuk sampai ke sini, terutamanyapelancong yang bergantung kepada kenderaan awam seperti bas. Pengangkutan basyang utama di Putrajaya, iaitu Nadi Putra juga tidak menyediakan operasi laluan kekawasan ini.Ketiadaan gerai dan pusat jualanHasil daripada soal selidik yang saya jalankan, pengunjung juga menyatakanbahawa sukar untuk mereka membeli makanan dan minuman. Mereka berpendapat,sepatutnya gerai menjual makanan, minuman dan pusat jualan cenderamatadisediakan di kawasan ini untuk memberi kemudahan kepada pengunjung.Kekurangan parkirMasalah parkir kebiasaanya wujud apabila terdapat aktiviti atau pertandingan yangmelibatkan bilangan peserta atau pengunjung yang ramai. Mereka terpaksa memarkirkenderaan di bahu-bahu jalan dan mengganggu keadaan trafik.BilanganMasalah Pelancongan di Presint 6,Wilayah Persekutuan Putrajaya10PETUNJUK8Tiada pengangkutanawam6Tiada geraijualanTiada parkir42Graf 1 Masalah aktiviti pelancongan di Presint 6, Wilayah Persekutuan PutrajayaBerdasarkan graf di atas, seramai sembilan orang responden menyatakan bahawamasalah aktiviti pelancongan di kawasan ini adalah tiada pengangkutan awam. Seramaiempat orang memilih masalah tiada gerai jualan disediakan dan seramai dua orangmemilih masalah parkir yang boleh mengganggu aktiviti pelancongan di kawasan kerjalapangan saya.4Laporan Kerja LapanganMasalahpelancongan0
Cadangan Mengatasi Masalah Pelancongan di Presint 6, WilayahPersekutuan PutrajayaOperasi pengangkutan awam yang efisienKemudahan dan prasarana pengangkutan awam sangat penting terutamanyabagi destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Oleh itu, adalah sangat wajarjika kemudahan pengangkutan awam ke Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajayaseperti bas Nadi Putra menyediakan operasi laluan ke kawasan kerja lapangan untukkemudahan pelancong. Dicadangkan juga agar pada hari minggu, cuti umum dansekiranya terdapat sesuatu aktiviti atau pertandingan, kekerapan pergerakan baske tempat ini dapat ditingkatkan. Pergerakan bas yang tersusun dapat mengatasimasalah kekurangan parkir kerana masyarakat akan menggunakan pengangkutanawam yang disediakan.Mendirikan gerai dan pusat jualanSaya sangat bersetuju dengan cadangan beberapa responden yang saya temuimengenai ketiadaan gerai jualan. Gerai atau kiosk yang menjual makanandan minuman boleh disediakan di kawasan tumpuan seperti tempat dudukberbumbung yang dibina di tepi tasik. Saya juga ingin mencadangkan supayapeniaga mestilah dalam kalangan penduduk setempat. Peluang sebeginisecara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka. Gerai menjualcenderamata pula haruslah menyediakan cenderamata yang beridentitikanKompleks Sukan Air Putrajaya seperti replika perahu Dondang Sayang.RUMUSANLaporan Kerja LapanganHasil daripada kerja lapangan yang telah saya jalankan, saya dapati kawasan Presint6, Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat berpotensi untuk dimajukan sebagaikawasan pelancongan sukan air dan rekreasi. Kemudahan yang telah disediakandengan reka bentuk bangunan yang unik dapat menarik kehadiran pelancong.Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki agardapat memenuhi keperluan dan meningkatkan lagi taraf kawasan tersebut sebagaisebuah kawasan pelancongan. Kawasan Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajayamampu untuk menjadi kawasan pelancongan berasaskan sukan air dan rekreasiyang bukan sahaja untuk pelancong tempatan malahan juga pelancong dari luarnegara.5
RUJUKANBukuHisham Azman Ibrahim & Mohamad Khairun Fitri Ahmad (2017). Geografi Tingkatan 1:Cheras: Era Visi Sdn. Bhd.Kang C. Y., Zulkipli Ismail, Rajanderan, S. (2017). Geografi Tingkatan 2: Johor Bahru: IMSBooks Trading Sdn. Bhd.AkhbarThe Star Online, 1 September 2017Orang SumberEn. Mohd Yusof bin Abu, 35 tahun,A102, Jalan P10 A7/3 Presint 5,62300 Putrajaya,Selangor.Hanifah Yoong, 68 tahun,No. 16, Jalan Sri Tasik Barat 1E,Summer Glades,Perdana Lakeview West,Cyber 7,63000 Cyberjaya,Selangor.Melawat Tempat Kerja LapanganPejabat Kompleks Sukan Air Presint 6,62000 Putrajaya,Wilayah Persekutuan Putrajaya.InternetWaterski & Wakeboard World Cup Sdn Bhd. (2017). National Water Skiers UnderlinePotential With Four Golds. Diperolehi pada 20 Oktober 2017 an Kerja LapanganMarina Putrajaya Sdn. Bhd. (2015). Cruise Tasik Putrajaya. Diperolehi pada15 September 2017 daripada http://goo.gl/le7yK1r
LAMPIRANLampiran 1: Surat Makluman kepada Ibu Bapa/PenjagaNama sekolahAlamat sekolahRujukan Kami:Tarikh:Kepada,Ibu/Bapa/PenjagaTuan,KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFIDengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Semua murid Tingkatan . sekolah ini akan terlibat dalam kerja lapangan mata pelajaranGeografi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.3.Hasil kerja lapangan ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran sekolah. Bagi tujuanini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkanmaklumat yang diperlukan.4.Dimaklumkan juga bahawa kerja lapangan akan dijalankan pada *. .Sekian, terima kasih.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menjalankan amanah,(Nama Pengetua dan Cap -------Laporan Kerja Lapangan(Keratan jawapan)SayaNo. Kad Pengenalanibu/bapa/penjaga kepada murid bernamaTingkatanmembenarkan/tidak membenarkan anak di bawah jagaan sayamenjalankan kajian kerja lapangan pada tarikh tersebut.Tandatangan:Nombor telefon:7
Lampiran 2: Surat Makluman Akuan Diri MuridNama sekolahAlamat sekolahRujukan Kami:Tarikh:Kepada sesiapa yang berkenaan.Tuan/Puan,KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFIPembawa surat iniNo. Kad Pengenalanialah seorang murid TingkatandiMurid ini sedang melaksanakan kerja lapangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM) Geografi.2.Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat memberikerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.3.Kerjasama dan bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menjalankan amanah,8Laporan Kerja Lapangan.(Nama Pengetua dan Cap Sekolah)
Lampiran 3: Surat Perakuan Murid Tentang Keaslian KajianSaya memperakui bahawa kerja lapangan bertajuk Potensi Kegiatan Pelancongan diPresint 6, Wilayah Persekutuan Putrajaya ini ialah hasil kerja saya sendiri melainkanpetikan, grafik, gambar dan rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.Saya dengan ini mengaku bahawa kerja lapangan ini adalah asli. Saya ialah satu-satunyapenulis kerja lapangan ini.Yang benar,()Disahkan oleh,()Laporan Kerja LapanganTarikh:9
Lampiran 4: Borang Soal SelidikBORANG SOAL SELIDIKGEOGRAFI TINGKATAN 3POTENSI PELANCONGAN DI PRESINT 6, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYAArahan: Sila tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan.1. Nama:2. Jantina:LelakiPerempuan3. Umur:Bawah 20 Tahun21-30 Tahun31- 40 Tahun41-50 tahunLebih 50 Tahun4. Pekerjaan:KerajaanSwastaBekerja sendiriPelajarTidak bekerja5. Nyatakan jenis pelancongan yang dapat dimajukan di Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajaya:SukanEkologiRekreasiTemaLain-lain jenis pelancongan:6. Apakah masalah pelancongan di Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajaya:Parkir yang tidak mencukupiTiada kemudahan gerai jualanTiada pengangkutan awamLain-lain masalah yang wujud:Gerai jualan dan cenderamataJadual pengoperasian pengangkutanawam yang efisienPemantauan berkala pihak berwajibMaklumat lengkap tentang kawasan iniLain-lain cadangan:10Laporan Kerja Lapangan7. Apakah cadangan penambahbaikan aktiviti pelancongan di Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajaya?
Laporan Kerja Lapangan Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah dan terdapat tasik buatan. . petikan, grafik, gambar dan rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. Saya dengan ini mengaku bahawa kerja lapangan ini adalah asli. Saya ialah satu-satunya penulis kerja lapangan ini.