
Transcription
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAHSEBERANG PERAI UTARA13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANGMODUL LATIHANBAHASA MELAYUPT3Disediakan oleh:Mohamad Ali bin Mohamad TaibSISC Bahasa MelayuNama MuridTingkatan::1
LATIHAN 1Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Garis kesalahan bahasatersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.1)Jalan yang senyap itu jarang dilalui oleh pemandu kerana mereka berasa takut untukmelaluinya terutama pada waktu malam.2)Ahmad terlalu sayangkan emaknya yang sudah lanjut usia dan tinggal sendirian di kampung.3)Jambatan yang diperbuat daripada kayu itu usang amat dan tidak selamat untuk dilalui lagi.4)Ali berasa sungguh terkejut benar-benar ketika menerima surat tawaran pelantikan sebagaijurubahasa.5)Para pejuang kemerdekaan sentiasa dikenang oleh kerana jasa mereka yang sanggupberkorban nyawa demi kedaulatan tanah air.6)Ahmad sudah lama menetap di bandar sebaliknya dia masih bersikap kekampungan.7)Bilatah agaknya Mary akan berkunjung sini lagi kerana dia tinggal jauh di seberang laut.8)Semua jenis lauk-pauk yang dijual di warung kecil itu mahal-mahal belaka.9)Pemuda itu tidur berbantalkan di atas lengan kerana bilik tidurnya terkunci dari dalam.10) Beratus kenderaan masih tersadai di jalan raya kerana laluan utama terputus akibat kejadianbanjir.2
11) Pejabat baharu Puan Shila terletak di antara pejabat pos dan rumah pangsa kos sederhana.12) Seniman P.Ramlee telah melakonkan dalam beberapa buah filem bersama dengan biduanitaSaloma.13) Persatuan Alam Sekitar akan mendermakan sebahagian dari wang yang diperoleh semasajualan barang terpakai.14) Nyanyian peserta paling termuda dalam pertandingan itu mendapat tepukan yang amatgemuruh.15) Beberapa orang karyawan dari Unversiti Malaya sedang membentangkan kertas-kertas kerjamereka dalam seminar keilmuan itu.16) Rambut adik sungguh kusut-masai kerana tidak disikat dengan rapi.17) Kelvin mengemukakan sebuah pendapat yang bernas dalam sesi percambahan ideasebelum memulakan projek tersebut.18) Kami akan perjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak penganjur demi menjernihkankeadaan.19) Kerja-kerja pelebaran jalan itu mengambil masa selama tiga bulan untuk siap sepernuhnya.20) Encik Halim yang budiman itu telah bermurah hati untuk membiaya kos pembinaan rumahanak-anak yatim di kampung kami.3
LATIHAN 2Betulkan kesalahan ejaan dalam jadual yang tapi22efisyen3juru h6taekwando26kolestrol7email27ambulan abut13cop 35bowling16mengembeleng36tele perubatan17squash37stesyen18ko kurikulum38mempamirkan19nenas391970 an20maksima40silaturrahimBetul.4
LATIHAN 3Cerakinkan bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.1.2.3.4.5.6.7.8.9.Penduduk kampung itu bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka.Subjek:Predikat:Baju yang sudah dijahit itu belum diseterika oleh ibu saya.Subjek:Predikat:Gadis yang senyum dengan saya tadi pernah bekerja di kedai kopi ayah Nora.Subjek:Predikat:Anak Puan Wong yang bermain di padang itu tidak mahu pulang walaupun hari sudah senja.Subjek:Predikat:Buku-buku cerita yang dipinjam oleh kakak masih belum dipulangkan lagi.Subjek:Predikat:Adik menangis semahu-mahunya kerana ibu tidak memberikan wang kepadanya.Subjek:Predikat:Rumah kedai yang usang itu akan dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.Subjek:Predikat:Telah saya siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Subjek:Predikat:Sejak peristiwa itu, Andrew tidak bercakap bohong lagi dengan ibunya.Subjek:Predikat:5
Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang.1.Pelajar-pelajar kelas ini akan pergi berkelah ke Pulau Aman pada hari Ahad.2.Swee Kim membuka kedai runcit itu dengan pertolongan seorang rakan karibnya.3.Anak-anak Encik Ramu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri.4.Shanty sudah memberitahu keluarga kamu tentang peristiwa yang berlaku di rumahnya?5.Cadangan Ali untuk meneruskan projek itu telah dipersetujui oleh semua rakannya.6.Kain untuk membuat baju itu telah saya beli beberapa bulan yang lepas.7.Budak kecil itu menangis dengan kuat apabila Suresh mengejeknya di hadapan kami.8.Lagu permintaan yang baru diputarkan sebentar tadi ditujukan kepada siapa?9.Tin-tin kosong itu mesti kamu tanam supaya air tidak bertakung di dalamnya.10. Kamal dan Hafizi menjadi bertambah nakal sejak berpindah ke sekolah baharu.11. Masalah itu telah saya kemukakan kepada pengerusi dalam mesyuarat yang lalu.12. Pak Salleh menebas semak samun di belakang rumahnya dengan sebilah parang.13. Anak Puan Anne jatuh tersungkur apabila dia dikejar anjing petang semalam.6
Tukarkan ayat songsang biasa di bawah kepada ayat biasa.1.Sungguh bertuah Mei Chuen kerana keluarganya kaya dan bahagia. semalam.2.Tidak dapat saya lupakan pertolongan yang telah diberikan Edward kepada keluarga saya.3.Baru sampai rombongan lawatan sambil belajar anjuran Persatuan Sains sekolah kami.4.Kehujanan kami apabila hujan lebat turun dengan tidak berhenti-henti petang semalam.5.Baru pulang ayah dan emak dari kampung setelah menziarahi nenek.6.Dari manakah harimau putih yang terdapat di Zoo Negara itu berasal?7.Dalam ujian bulan lalu, Cikgu Loga telah mengemukakan soalan-soalan yang sama.8.Semakin menjadi-jadi kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah.9.Ke sekolah anak-anaknya pergi setiap petang untuk menjalani latihan bola keranjang.10. Dengan sehelai kain putih yang bersih, emak membalut kaki adik yang berlumuran darah.11. Terpaut hatiku dengan kepandaian budak-budak kecil itu membuat persembahan boria.12. Dengan kuat aku menggosok baju itu supaya semua kesan kotoran tidak kelihatan lagi.13. Tertidur abangnya semasa membaca surat khabar di dalam biliknya petang semalam.7
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk.1.(a) Irene menyapu sampah.(b) Suzy mengelap tingkap.2.(a) Azli menjual nasi lemak.(b) Azli menjual kuih-muih.3.(a) Dia hendak ke Ipoh dengan bas?(b) Dia hendak ke Ipoh dengan kereta api?4.(a) Saya ingin membeli tilam yang murah.(b) Saya ingin membeli tilam yang selesa.5.(a) Nathan rajin mengulang kaji pelajaran.(b) Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.6.(a) Buku ini sesuai untuk orang dewasa.(b) Buku ini sesuai untuk kanak-kanak.7.(a) Eng Wah tidak mendapat izin daripada bapanya.(b) Dia menyertai rombongan ke Gunung Ledang.8.(a) Motosikal tidak dapat dibelinya.(b) Basikal tidak dapat dibelinya.9.(a) Azman amat pandai dalam Matematik.(b) Azmi amat pandai dalam Matematik.10.(a) Soalan yang mudah tidak dapat dijawabnya.(b) Soalan yang susah tidak dapat dijawabnya.8
Berdasarkan pernyataan yang diberi, bina ayat tanya yang gramatis.1.Pertandingan drama itu diadakan di dewan sekolah pada hari Rabu yang lalu.2.Semua penduduk menyertai aktiviti gotong-royong membaki dewan yang rosak.3.Kek berperisa strawberi dibuat oleh ibu saya petang semalam.4.Penduduk dinasihati agar tidak turun ke laut pada musim tengkujuh.5.Ya, saya sudah membawa buku yang dipesan oleh rakan saya.6.Sebanyak 30 bungkus mi sup telah dijual oleh Azizah.7.Mereka menghadiahi Cikgu Hasan sebuah jam tangan.8.Kita mesti menghargai jasa ibu bapa serta guru-guru.9.Encik Tan mengarahkan pekerjanya supaya mengamalkan sikap bertanggunggjawab.10. Puan Devi menguruskan syarikat penerbitan itu semenjak ayahnya meninggal dunia.11. Aku belum menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Salman semalam.12. Guru disipln telah memberi amaran kepada pelajar lelaki.9
LATIHAN 4Tulis dua peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.1)2)Tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.1)10
Tulis tiga peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.1)2)3)Tulis dua peribahasa yang sesuai dengan gambar di bawah.BUKIT1)2)11
LATIHAN PEMAHAMAN PROSAPANDUAN UMUM UNTUK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN Calon mesti membaca dan memahami petikan prosa dan puisi yang terdapat dalam kertassoalan. Baca soalan dan cuba fahami kehendak soalan. Kemudian cari jawapan yang terdapat dalampetikan prosa dan puisi yang disediakan. Bagi menjawab soalan KBAT, calon mesti menggunakan isi atau idea sendiri. Jawapan yangditulis oleh calon mestilah relevan dengan kehendak soalan. Perkara yang paling penting ialah jawapan calon ditulis dalam ayat yang gramatis. Calon tidakboleh menjawab dalam bentuk catatan.LATIHAN 1Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.Selepas subuh, air pun ditimba dan disimbah di mana-mana saja ada kotoran.Memang tak ada berus dan sabun, maka empulur sabut pun dipintal lalu diikat tebal-tebalpada hujung batang buluh. Jadi dengan kudrat yang ada, kami memberus lantai dengantekun. Tengah hari muncullah Hajah Tom, dijamunya kami dengan nasi berlaukkan ikancencaru belah belakang, itulah antara hidangan paling lazat yang pernah kami nikmati.“Nasib baik ada budak-budak ni, boleh juga tumpang berbudi,” kata Hajah Tom.Haji Salleh Pumpong tersenyum dan sebelum pergi, didengarinya penuh tekunpesan guru Quran kami. “Nanti ajarlah budak-budak ni solat jenazah, mana tahu satu harinanti kita dapat menumpang budi sekali lagi.”Tiga bulan kemudian, kami antara yang berada di surau, menyertai saf akhir seusaisolat zuhur. Terdiam dan sebak. Kami akhirnya bermandi air mata. Solat itu terakhir untukguru Quran yang tercinta.Tak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat terakhir untukHaji Salleh Pumpong pula.Sampai sekarang kami tak pernah lupa, segala kenangan pada kedua-dua nama iniakan kekal abadi. Kekal sebagai kenangan penuh air mata.(Dipetik daripada cerpen Segala yang TercintaAda di Sana, antalogi Harga Sebuah Lukisan,Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)12
1) Apakah permintaan Hajah Tom kepada Haji Salleh Pumpong?2) Kenapakah kami berasa sedih?3) Berikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan cerpen di atas.4) Nyatakan latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.5) Guru banyak berjasa dalam kehidupan kita.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang harus kita lakukan untuk menghargaijasa guru?13
LATIHAN 2Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.Menagih kasih daripada ayah, sama seperti menagih kasih daripada ibu. Ayah danibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguhhairan melihat ayah dan ibu yang termasuk dalam golongan intelek, masih percaya kepadatilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga ini. Bagi aku,kelahiran Angah merupakan kesengsaraan kepada diriku. Mana tidaknya, kalau semuakesalahan Angah terpaksa aku tanggung. Demokrasi seakan lenyap dalam keluarga ini.Selesai menikmati hidangan malam, kedengaran ayah merungut-rungut marah akansesuatu. Entah apa-apa yang dirungutkan oleh ayah. Tentunya, budak kecil itu yangmembuat hal lagi. Hal ini bermakna aku akan menjadi habuan segala kemarahan ayah.Malang betul nasibku menjadi kakak kepada pengacau kecil itu. Apakah kesalahan akusebagai anggota tertua dalam adik-beradik sehingga aku dijadikan sebagai tempatmelemparkan segala tuduhan? Perit di hati tidak dapat kugambarkan lagi.Dahulu, Angah mengoyakkan wang kertas sepuluh ringgit, ayah telah menyekatwang kocekku selama sebulan. Terpaksalah aku menebalkan muka untuk meminjam wangdaripada teman seasrama. Selepas itu, pasu bunga buatan negara China yang menjadikesayangan ibu dijahanamkan oleh Angah. Aku dihukum membersihkan halaman rumahselama sebulan oleh ibu semasa cuti penggal ketiga. Betapa peritnya hati dan perasaan iniapabila menjalani hukuman yang aku sendiri tidak melakukannya. Dendam yang mulaimemutik di dada ini kian hari kian merebak menguasai ke segenap penjuru hatiku.“Along!”Langkah yang gontai kuhayunkan ke bilik bacaan ayah. Perasaan cuak mengusikapi dendam yang membara di dada ini. Alangkah seksanya menjadi kakak kepada adikyang nakal.(Dipetik daripada cerpen Dendam, karya SharizaA.Rahman, dalam Antologi Gema Sepi GadisGenius, Tingkatan 2, DBP)1) Mengapakah aku tidak menyukai kelahiran Angah?14
2) Berikan dua sebab Along memarahi Angah.3) Selepas Angah memecahkan pasu bunga kesukaan ibu, apakah hukuman yang terpaksa akuhadapi?4) Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan dua nilai yang dapat diperoleh melaluiperwatakan Along.5) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan oleh ibu bapa untukmewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan anak-anak mereka?15
LATIHAN 3Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Maka sembah nenek kebayan seraya berkata, “Ya, Tuanku Perdana Menteri! Inilahcucu hamba.”Maka kata Perdana Menteri, “Hai, nenek kebayan! Selamanya mengapa tiadaengkau bawa?”Maka ujar nenek kebayan, “Sebab selamanya tiada hamba bawa kerana ia lagikanak-kanak dan kurang budi bicaranya lagi. Sebab itulah tiada hamba bawa ia.”Maka ujar Perdana Menteri, “Siapa namanya dan apa bangsanya?”Maka sahut nenek kebayan, “Inderaputera namanya dan bangsanya daripadamanusia.”Maka Perdana Menteri pun memandang kepada Inderaputera, diamatinya rupanya,sikapnya dan lakunya seperti anak raja-raja yang besar-besar juga rupanya.Setelah demikian maka ujar Perdana Menteri, “Hai, Inderaputera! Mari anakandahampir ke mari.”Maka Inderaputera pun hampirlah seraya menyembah kepada Perdana Menteri sertadengan takzimnya. Maka Perdana Menteri menyuruh orang mengangkat kerusi lalu disuruhInderaputera duduk dan Inderaputera tiada mahu duduk seraya menyembah; dan lagidisuruh oleh Perdana Menteri orang mengangkat hidangan ke hadapan Inderaputera.Maka ujar Perdana Menteri, “Hai, Inderaputera, marilah anakanda makan!”Maka Inderaputera pun menyembah seraya berkata, “Santap tuanku dahulu, patikkemudian.” Dan beberapa budi bicara Perdana Menteri mengajak makan bersama-samadengan ia, tiada juga dia mahu. Maka Perdana Menteri pun lalu bangkit sendirinyamemegang tangan Inderaputera. Maka Inderaputera pun menyembah serta dengantakzimnya juga, tiada ia mahu.Setelah sudah Perdana Menteri makan maka diberikannyalah Inderaputera itubaharulah ia mahu makan.(Dipetik daripada prosa tradisional HikayatInderaputera dalam Antalogi Gema SepiGadis Genius, Tingkatan 2, DBP)1) Mengapakah nenek kebayan tidak membawa cucunya untuk berjumpa dengan PerdanaMenteri?16
2) Apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri selepas beliau meneliti gerakgeri Inderaputera?3) Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, nyatakan perwatakan Inderaputera.4) Berikan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada petikan prosa tradisional di atas.5) Pada pendapat anda, mengapakah Inderaputera enggan makan bersama-sama denganPerdana Menteri?17
LATIHAN 4Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.MAMA:Memang begitulah perangainya. Tak mahu menyusahkan awak katanya. Tadi semasa mama mahu telefon awak pun dia melarang juga.DOKTOR AFIF:(Menyampuk) Then buat apa saya menjadi ABAH:(Menyampuk dengan suara perlahan) Awak baliklah ke klinik awak tu.Banyak orang yang lebih memerlukan khidmat awak. Abah tak apaapa ni. Sakit biasa sahaja. Kaki yang bengkak tu bukannya sakit.Bengkak begitu sahaja. Biasalah. Abah dah tua.DOKTOR AFIF:Abah . .ABAH:Awak tinggalkan sahaja pil atau apa-apa yang patut. Pandailah abahmemakannya.DOKTOR AFIF:(Bersungguh-sungguh) Abah ini soal penyakit, abah. Soal hidupdan mati. Bukan seperti dalam cerita novel atau cerpen yang selaluabah tulis tu perkara yang boleh direka-reka. Hal ini kenyataan.Soal kebersihan diri, makanan, alam sekitar dan body metabolism.Wang berjuta-juta ringgit pun tak dapat membeli kesihatan. Bukankahabah juga yang selalu berkata macam tu, dalam dunia ini ada perkaraperkara yang tidak mempunyai ukuran nilai wang. Inilah salah satudaripadanyaABAH:(Berkeras) You follow what I say. Awak anak, saya ni bapa. Jangannak DOKTOR AFIF:(Bersuara agak tegas) Ya, saya tahu! Selama ini saya memangsentiasa patuh pada kehendak abah, malah kalau abah kata abahlebih banyak makan garam pun saya setuju, tapi kali ini pleaseabah. Kalau abah nak tengok anak merayu kepada bapanya, inilahdia saya merayu agar abah mendengar cakap saya. Just for thistime please.ABAH:(Masih berkeras) Tak payah. Abah kata tak payah, you just leave mealone. (Merendahkan suara) Abah tak sakit apa-apa. Sakit perut tadipun dah DOKTOR AFIF:(Bercakap kepada MAMA) Apa hal sampai jadi begini mama? Macamada yang tak kena sahaja. Tak pernah pun macam ni.MAMA:(Agak selamba) Manalah mama tahu. Katanya dia tak mahumenyusahkan awak. Itu sahaja yang selalu disebutnya. Entahlah dah nyanyuk agaknya.(Dipetik daripada drama Hemodialisisdalam Antalogi Gema Sepi GadisGenius, Tingkatan 2, DBP)18
1) Mengapakah abah menyuruh Doktor Afif balik ke klinik?2) Bagaimanakah Doktor Afif cuba merayu agar abah memenuhi permintaannya?3) Berdasarkan petikan drama di atas, berikan dua nilai yang terdapat pada watak Doktor Afif.4) Apakah bakat semula jadi yang ada pada abah?5) Abah tetap berkeras untuk ditinggalkan bersendirian walaupun dia masih tidak sihat.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha lain yang harus dilakukan oleh Doktor Afif untukterus memujuk abah?19
LATIHAN PEMAHAMAN PUISILATIHAN 1Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.PANTUN DUA KERAT(Nasihat)Terima kasih daun keladi.Kalau boleh hendak lagi.Ikan siakap ikan senohong,Banyak cakap banyak bohong.Pecah kaca pecah gelas,Sudah baca harap balas.Emas perak tembaga suasa,Malas bergerak tidak merasa.Pagi petang siang malam,Hati terang senang faham.Kumbang jarak kumbang jagung,Berani buat berani tanggung.Tunggu durian Teluk Emas,Siapa kemudian kena kemas.Buah cempedak dalam gantang,Siapa hendak dia datang.Periuk belanga pasu kuali,Busuk nama menipu mencuri.Saya kata itik, awak kata ayam,Sudah kena jentik baru nak diam.(Dipetik daripada Antologi KasutKelopak Jantung, Tingkatan 1, DBP)20
1) Berdasarkan Pantun Dua Kerat, nyatakan dua nasihat yang ingin disampaikan.2) Mengapakah kita tidak harus bercakap terlalu banyak?3) Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik.Berdasarkan Pantun Dua Kerat, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengancontoh yang sesuai.4) Pada pendapat anda, kenapakah ibu bapa perlu menasihati anak-anak mereka?5) Nyatakan satu ciri Pantun Dua Kerat.21
LATIHAN 2Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.PANTUN EMPAT KERAT(Muhibah dan Perpaduan)Petang hari pergi ke pekan,Pulang membawa sebungkus laksa;Hidup muhibah perlu diamalkan,Di negara Malaysia berbilang bangsa.Cantik bergugus buah papaya,Masak dipetik satu per satu;Walaupun berlainan bangsa budaya,Kerana muhibah hidup bersatu.Air mengalir dalam terusan,Mengairi sawah beratus relung;Bekerjasama segala urusan,Tanda bersatu bergotong-royong.Tuan puteri dari kayangan,Senyuman manis seperti madu;Bermacam-macam keturunan bukan halangan,Untuk membina bangsa yang padu.Enak nian air kelapa,Penawar sakit mujarab sekali;Kebudayaan asal tidak dilupa,Kebudayaan nasional mereka banggai.(Dipetik daripada Antologi Gema SepiGadis Genius, Tingkatan 2, DBP)22
1) Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan), apakah halangan utama bagimembentuk perpaduan?.2) Nyatakan persoalan yang ingin disampaikan melalui rangkap kedua Pantun Empat Kerat(Muhibah dan Perpaduan).3) Dalam sesebuah puisi terdapat pelbagai gaya bahasa yang menarik.Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan), berikan dua gaya bahasa yangmenarik berserta dengan contoh yang sesuai.4) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang harus dilakukan untuk memupuk perpaduandalam kalangan rakyat Malaysia?5) Berdasarkan Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan), mengapakah kita perlubergotong-royong?23
LATIHAN 3Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAHAda kepada suatu hari,Sakit saudagar laki isteri,Adalah kiranya tujuh hari,Tidak bergerak kanan dan kiri.Saudagar tahu akan dirinya,Hampirlah mati kepada rasanya,Lalulah memanggil akan anaknya,Dicium kepala dengan tangisnya.Katanya wahai cahaya mataku,Tinggallah tuan buah hatiku,Hampirlah mati gerangan aku,Baiklah tuan tingkah dan laku.Serta harta aku tinggalkan,Tuan seorang yang menyukakan,Sampai habis semua diterimakan,Faedahnya akan diberikan.Jikalau tidak anakku berakal,Harta pusaka di manakan kekal,Habis harta badan tinggal,Laksana perahu bersauh tunggal.Kerana harta tiada berguna,Jikalau tidak akan sempurna,Sekalian itu habislah fana,Hanyalah tinggal badan merana.Budi dan bahasa janganlah lupa,Muliakan olehmu ibu dan bapa,Mana yang datang padamu berjumpa,Janganlah lambat tuan menyapa.Kerana adat orang berbeza,Tiada memandang harta dan benda,Tegur dan sapa itu yang ada,Itulah penambah di dalamnya dada.(Dipetik daripada Antologi Kasut KelopakJantung, Tingkatan 1, DBP)24
1) Apakah yang dilakukan oleh saudagar apabila dia mendapati ajalnya semakin dekat?2) Nyatakan maksud yang ingin disampaikan oleh penyair melalui rangkap ketujuh Syair WasiatAyahanda Siti Zawiyah?3) Jelaskan tiga ciri Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.4) Bagaimanakah nasib yang akan dihadapi oleh orang yang tidak menggunakan akal dalamkehidupannya?5) Pada pendapat anda, mengapakah kita harus bersikap rendah diri?25
LATIHAN 4Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.SEORANG INSAN ISTIMEWA(Natasya Puteri)Dia tidak pernah memintauntuk lahir sebegitu rupanamun kecilnya dirimenyanggah takdir Yang Maha Esasebuah suratan tertulis sudahsebuah kehidupan tetap harus diteruskan.Seorang insan istimewamenapak dalam redamenggalas payah dalam senyum terpaksabetapa pun simpati mata memandangpasti tiada bandingandengan derita dirimenempuh cabaran.Seorang insan istimewaanugerah suatu ujianamanah suatu tuntutanbiar sukar mesti disempurnakanluas buanamereka tetap punya ruangmeneruskan kehidupanselagi Tuhan mengizinkan.Bantulah, bimbinglahseikhlas hati setulus budiTuhan pasti merestui.(Dipetik daripada Antologi Harga SebuahLukisan, Tingkatan 3, DBP)26
1) Berdasarkan sajak Seorang Insan Istimewa, berikan dua kelebihan insan istimewa.2) Nyatakan persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dalam rangkap pertama sajak SeorangInsan Istimewa.3) Dalam sesebuah sajak terdapat pelbagai gaya bahasa yang menarik.Berdasarkan sajak Seorang Insan Istimewa, berikan dua gaya bahasa yang menarik bersertadengan contoh yang sesuai.4) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang harus dilakukan oleh insan istimewa untukmeneruskan kehidupan mereka?5) Apakah yang wajar dilakukan oleh anggota masyarakat terhadap insan istimewa?27
LATIHAN KAJIAN NOVELLATIHAN 1Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, diTingkatan 2 atau di Tingkatan 3.i)ii)iii)Hikmah oleh Mohd. Faris IkmalErti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidin6:20 oleh Siti Jasmina IbrahimDalam sesebuah novel, terdapat beberapa nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga nilai berserta dengan contoh peristiwa yangsesuai.28
LATIHAN 2Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2atau di Tingkatan 3.i) Erti Sebuah Pengorbanan oleh Zaihanim Zainal Abidinii) 6:20 oleh Siti Jasmina IbrahimBerdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga peristiwa yang menarik dan sebab anda memilihperistiwa-peristiwa tersebut.29
LATIHAN 3Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1atau di Tingkatan 3.i) Hikmah oleh Mohd. Faris Ikmalii) 6:20 oleh Siti Jasmina IbrahimDalam sesebuah novel, terdapat beberapa nilai yang ingin disampaikan kepada pembaca.Bikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.30
PANDUAN UMUM UNTUK MENJAWAB SOALAN ULASAN Soalan yang dikemukakan berbentuk grafik : sama ada graf, carta, pelan, rajah, poster, iklandan sebagainya. Dalam bahan grafik itu terdapat beberapa maklumat. Anda mesti meneliti dan memahamisemua maklumat tersebut. Kemudian anda hendaklah mengulas maklumat daripada bahan grafik tersebut denganmenggunakan ayat yang gramatis. Dalam jawapan ulasan, anda perlu mengemukakan idea yang relevan dan menunjukkankematangan mengulas sesuatu isi. Panjang ulasan anda mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan.LATIHAN 1Lihat carta pai di bawah dengan teliti. Berdasarkan carta pai tersebut, tulis ulasan yang berkaitandengan peratusan murid membaca mengikut jenis bahan bacaan. Panjang ulasan andahendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.MajalahBukuUlang Kaji15%40%Kamus20%BukuCerita25%31
ANALISIS BAHAN GRAFIKPeratusan Murid Membaca Mengikut Jenis BahanBacaanMAKLUMAT 1 40% membaca buku ulangkaji kenapa bahan bacaan inidipilih oleh ramai murid?MAKLUMAT 2 bahan bacaan kedua :menjadi pilihan ialah contoh buku cerita dibeli sendiri atau dipinjam:MAKLUMAT 3MAKLUMAT 4 kamus digunakan oleh 20%sebagai bahan bacaan faedah : menambahkankosa kata baharu majalah : bahan bacaanyang kurang dipilih oleh dapat mengetahui informasi contoh majalah yang dibacaGraf menunjukkan32
LATIHAN 2Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan poster tersebut, tulis ulasan yang berkaitandengan Kempen Kawalan Tikus. Panjang ulasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patahperkataan.33
LATIHAN 3Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut,tulis ulasan yang berkaitan dengan kempen membasmi nyamuk aedes. Panjang ulasan andahendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.34
LATIHAN 1Sejak kebelakangan ini semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin berkurangan.Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan. Panjangnyakarangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.ANALISIS SOALANMemupuk Semangat KejirananISUSKOP / FOKUS ISISemangat KejirananCara-CaraPendahuluan-jiran merujuk kepada orang yang tinggalketika kita menghadapi masalah, jiranlah merupakan orang yangnamun demikian, mutakhir ini semangat kejiranan dalam kalangansehubungan dengan itu, pelbagai prakarsa perlu dilakukan untukIsi-isiIsi 1 (peranan ibu bapa : didikan sejak kecil)-antara cara yang efektif untuk menerapkan semangat kejiranan : ibu bapa perluanak-anak sepatutnya diasuh agaribu bapa dapat menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak dengan mengamalkansikapibu bapa : menggalakkan anak-anak mereka agar ringan tulanghasil didikan yang baik : maka anak-anak akan terbiasa untuk35
Isi 2 (peranan pihak sekolah : diterapkan melalui pelajaran)- , pihak sekolah turut berperanan penting bagiketika mengajar mata pelajaran tertentu : guru-guru boleh menyelitkan tentangumpamanya dalam subjek Pendidikan Moral, para pelajar ditugaskan untuk menghuraikankesan-kesan jikaterdapat banyak aktiviti yang menekankan kebaikan hidup berjiran dapat dijalankan disekolah sepertiusaha murni seperti ini mampu mendidik generasi muda agarIsi 3 (peranan pihak media massa : melalui kempen dan siaran drama)- , media massa juga harus beukrtanggungjawab untukperlu menyiarkan kempen Hidup Berjiran dengan lebih kerap untuk ditontonmelalui usaha tersebut : masyarakat dapat didedahkan tentangselain kempen : pihak media massa boleh menayangkan drama-drama yang berkaitanlangkah ini nescaya akan dapatIsi 4 (peranan pihak kerajaan : aktivtiti yang melibatkan semua jiran)- , untuk memupuk semangat kejiranan, pihak kerajaan turutsalah satu usaha yang wajar diadakan ialahprogram tersebut hendaklah melibatkan semuaProgram Jiran Prihatin merupakan antara program yangprogram ini akan dapat melahirkan anggota masyarakat yangPenutup-kesimpulannya : pelbagai prakarsa perlu dilakukan untuk menyemai semangat kejiranandiharapkan agar nilai kemasyarakatan yang murni akan terus36
LATIHAN 2Terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh murid-murid untuk mengulang kaji pelajaran.Namun demikian, ramai pihak yang menganggap bahawa aktiviti belajar secara berkumpulanlebih banyak memberikan kebaikan kepada murid.Bincangkan pernyataan di atas. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patahperkataan.ANALISIS SOALANAktiviti Belajar Secara BerkumpulanISUSKOP / FOKUS ISIBelajar BerkumpulanKebaikan / FaedahPendahuluan-belajar merupakan aktiviti rutinuntuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, seseorang pelajar haruslahterdapat pelbagai teknik belajar : sepertinamun demikian : aktiviti belajar berkumpulanIsi-isiIsi 1 (mengeratkan hubungan persahabatan)-antara kebaikan : ialah para pelajarhal ini demikian : semasa membentuk kumpulan belajar : memilih rakanahli kumpulan terdiri daripada rakan yang dikenali : berasa lebih selesamisalnya : sepakat untuk berbincang sama adamelalui aktiviti ini : hubungan lebih erat : persis kata peribahasa Melayu37
Isi 2 (mudah memahami sesuatu topik)- , murid yang lebih mudah memahami sesuatu topik apabilaketika berbincang dengan rakan-rakan : mereka tidak malu untukpelajar-pelajar yang lebih pandai dapat membantusebaliknya : jika belajar secara bersendirian : sukar untuk bertanya apa-apaoleh itu : kaedah belajar secara berkumpulan berupaya meningkatkanIsi 3 (menyiapkan kerja sekolah dalam masa yang singkat)- , faedah yang diperoleh daripada : ialah murid dapatpada waktu senggang : para pelajar boleh berbincang dengansekiranya terdapat kerja sekolah yang rumit : mendapat bimbinganmelalui aktiviti tersebut : mengisi masa lapang dengan : masa itu emassecara tidak langsung : kerja yang diberikan oleh guruIsi 4 (memupuk nilai murni dalam hidup)- , nilai-nilai murni seperti : dapat dipupuk melaluisepatutnya diterapkan sejak
SISC Bahasa Melayu Nama Murid : _ Tingkatan : _ MODUL LATIHAN BAHASA MELAYU PT3 PT3 T3 . 2 LATIHAN 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu . Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Selepas .