Transcription

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam PantunAkal Budi and Reflection of Malay Identity in PantunNorazimah Zakaria1, Azlina Abdullah2, Sharifah Zarina Syed Zakaria3 , Mimi Hanida AbdulMutalib4, Alizah Lambri5, Siti Salwa Jamaldin6, Mashitah Sulaiman7 & Rosmah Derak8ABSTRAKAkal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yangmendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikapseseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah dalambentuk penghasilan karya seni, khususnya dalam bentuk seni tampak dan seni sastera. Bagitujuan makalah ini, akal budi dimaksudkan sebagai bijaksana dalam menyampaikan idea danpemikiran. Manakala nilai jati diri dalam kalangan masyarakat boleh diterapkan melaluinilai pengajaran dan faedah yang terdapat di dalam sastera Melayu tradisi. Di antaraberbagai kekayaan seni sastera Melayu tradisi ialah pantun dan penggunaannya sangatmenonjol dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala. Keindahan pantun bukan sahajaterletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnyamakna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisidahulu. Terdapat banyak pantun yang terakam di dalamnya tunjuk ajar, atau nasihat danberkaitan tentang cara hidup beragama, bermasyarakat, dan berkeluarga. Makalah ini akanmenggunakan pendekatan Bragisnky V.I (1994) mengenai sfera keindahan dan faedah dalammelihat makna dan fungsi pantun kepada masyarakat. Justeru, tunjuk ajar dalam pantunMelayu dapat mewariskan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat bermula daripadaperingkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Akal budi Melayu dalam pantun tergambarmelalui pemilihan perkataan yang tertentu dan menggambarkan pemikiran di sebalikkeindahannya dan seterusnya menjadi cermin jati diri bangsa Melayu.Kata Kunci: Nilai, Jati Diri, Pantun, Sastera, Masyarakat1Norazimah Zakaria (PhD, Profesor Madya), Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] Abdullah (PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia. azlina [email protected] Zarina Syed Zakaria (PhD, Profesor Madya), Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected] Hanida Abdul Mutalib (Phd), Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected] Lambri (PhD), Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] Salwa Jamaldin, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] Sulaiman (PhD), Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] Derak (PhD), Universiti Malaysia Sabah. [email protected] Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042ABSTRACT‘Akal budi’ reflects the actions, thoughts and attitudes of a human being who supportwisdom, finesse and beauty. The actions, thoughts and attitudes of one person are translatedinto various forms, but the most common is in the form of artworks, especially in the form ofvisual arts and literature. For the purpose of this paper, ‘akal budi’ is meant to be wise inconveying ideas and thoughts. Meanwhile the value of identity among society can beinculcated through the value of teaching and benefits found in traditional Malay literature.Among the many wealth of traditional Malay literature is ‘pantun’ and its use is veryprominent among the Malay community of ancient times. The beauty of the ‘pantun’ lies notonly in its choice of words and rhyming phrases, but also in the deep meaning and excellentphilosophy which represent the reflection of minds among society from ancient traditions.Many of these ‘pantun’ contain advices and guidance related to social, religious, and familylife. This paper will use Bragisnky V.I (1994) approach regarding the sphere of beauty andits values in viewing the meaning and role of the ‘pantun’ to society. Hence, knowledge inMalay ‘pantun' can pass on the value of identity among the members of society starting fromchildhood until adulthood. The “Akal Budi Melayu’ in pantun is illustrated through theselection of certain words and reflects the thinking behind its beauty and thus becomes amirror of the identity of the Malays.Keywords: Values, Identity, Pantun, Literature.PengenalanNilai jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu boleh diterapkan melalui nilai pengajarandan faedah yang terdapat di dalam sastera Melayu tradisi. Dalam kelompok kesusasteraanMelayu tradisional, pantun merupakan wadah sastera berbentuk lisan yang disampaikansecara turun temurun daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Bentuk lisanini juga dikenali sebagai sastera rakyat. Ia juga terbahagi kepada dua jenis iaitu berbentukcerita dan bukan cerita. Pantun, peribahasa, teromba, mantera, zikir, gurindam dan lain-lainadalah sastera lisan di bawah kategori bukan cerita.Keindahan pantun bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yangberima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakilipancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Terdapat banyak pantun yang terakam didalamnya tunjuk ajar, atau nasihat dan berkaitan tentang cara hidup beragama,bermasyarakat, dan berkeluarga.Makalah ini membincangkan tentang makna dan fungsi pantun kepada masyarakat.Justeru, tunjuk ajar dalam pantun Melayu dapat mewariskan nilai jati diri dalam kalanganmasyarakat bermula daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa melalui fungsiindah dan faedah yang boleh dimanfaatkan daripada satu generasi kepada satu generasiseterusnya.MetodologiMakalah ini menggunakan pendekatan Bragisnky V.I (1994 & 1998) mengenai sferakeindahan dan faedah dalam melihat makna dan fungsi pantun kepada masyarakat. Peranansastera dalam sistem sastera boleh dilihat melalui tulisan Braginsky (1994) dalam buku Erti90Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik. Beliau telahmengkategorikan penghasilan karya oleh pengarang Melayu tradisional dalam tiga sfera iaitusfera keindahan, sfera faedah dan sfera rohani. Ketiga-tiga sfera ini wujud dalam hierarkidengan sfera rohani menduduki kedudukan paling tinggi diikuti oleh sfera faedah danseterusnya sfera keindahan. Ini bermakna dalam pengkategorian tersebut, Braginskymeletakkan karya-karya dalam sfera kerohanian sebagai karya yang paling baik dihasilkanoleh pengarang dan diikuti oleh karya-karya dalam sfera faedah. Karya-karya dalam sferakeindahan dianggapnya karya yang paling rendah kedudukannya. Menurut Braginsky (1994:48) seorang pengarang berada di peringkat yang paling rendah sekiranya dia menghasilkansebuah karya yang penuh keindahan (keindahan luaran) dan kerana itu mampu memulihkanharmoni perasaan dalam hati pembaca, dalam nafsu haiwaninya. Karya-karya dalam sferafaedah pula bertujuan menyumbang kepada intelek. Yang dipentingkan dalam sfera ini ialahcerita-cerita yang boleh merangsang akal untuk berfikir dan memberikan nasihat (Norazimah2011).Penemuan Dan PerbincanganPantun dalam masyarakat MelayuPantun ialah sejenis puisi yang terikat, umumnya terdiri daripada empat baris serangkap,mempunyai rima akhir a-b-a-b. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud. Pantunboleh menjadi dua baris, empat baris, enam baris, dua belas baris dan seterusnya pantunberkait. Pantun mempunyai peranannya yang tersendiri dalam masyarakat Melayu, antaraperanan pantun menurut A. Halim Ali et al. (2011: 189) ialah:1. Alat untuk mendapat gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran mindadan pemikiran masyarakt Melayu, pandangan hidup, harapan, dan cita-cita.2. Alat untuk menguji ketajaman minda dan kehalusan perasaan. Sebagai contohpantun teka-teki, pantun peribahasa dan lain-lain.3. Diperguna juga dalam kegiatan seni, keagamaan dan adat istiadat.4. Digunakan untuk pendidikan sama ada untuk menyindir, kiasan atau berterusterang.5. Alat untuk hiburan dan bahan untuk jenaka seperti pantun jenaka, pantunpermainan dan lain-lain.6. Alat untuk berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati. Sebagai contohsanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam majlis upacaraatau majlis rasmi.Berdasarkan fungsi pantun di atas maka pantun mempunyai peranan yang tersendiridalam memberikan pengaruh nilai yang baik dalam kehidupan masyarakat tradisi. Fenomenaberpantun dalam kalangan masyarakat tradisi amat penting kerana ia berhubung kait denganpancaran akal budi pemikiran masyarakat pada masa itu disamping memberi hiburan dandidaktik atau pengajaran kepada khalayak.Menurut Tenas Effendy (2004: 123) tradisi Melayu amatlah memperhatikan sopansantun dalam pergaulan sehari-harinya. Tradisi ini melahirkan “pantun larang” yangmembatasi dirinya dalam bersenda gurau, berkelakar atau sindir menyindir. Ungkapan“pantang larang” yang berbunyi “banyak tertawa banyak dukanya”, “banyak gelak banyakbalaknya” atau “banyak gurau banyak risau” atau “pantang berseloroh di depan orang”,“pantang berguna tak menentu” dan sebagainya menyebabkan orang Melayu selalu berhati91Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042hati dalam berkelakar. Mereka tidaklah secara bebas dapat berkelakar dan bersenda gurau,tetapi haruslah memperhatikan lingkungannya, lawannya berkelakar, serta isi kelakarnyasupaya tidak dianggap melanggar tata kesopanan yang dianut masyarakatnya, terutamasupaya tidak dianggap sebagai orang tak tahu adat atau tidak bersopan santun.Keindahan dalam pantun terdiri daripada dua aspek iaitu keindahan luaran (aspekstailistik) yang merujuk kepada penggunaan gaya bahasa, intonasi suara, penggunaan bahasayang bersukat, berirama dan berentak. Manakala keindahan dalaman pantun dilihat daripadaisi kandungan (content) yang mempunyai unsur-unsur emotif dan sebagainya.Sejauh mana keupayaan teknik ini menimbulkan kesan keindahan bunyi yangmengasyikkan. Keindahan yang menyentuh deria dengar. Ia meninggalkan bunyi merdu danseronok didengar oleh khalayak. Bunyi suku kata dalam pantun dapat melalaikan danmelekakan khalayak yang mendengarnya. Terdapatnya ungkapan bahasa yang indah danteratur bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikannya. Pemakaian bahasa yangpelbagai menunjukkan kebijaksanaan dan kekreatifan orang Melayu tradisi. Pantun ialahdunia yang dibina oleh kata-kata. Keberkesanan penyampaiannya bergantung kepadakeupayaan memanipulasi aspek bahasa agar ia menjadi sebuah wacana yang penuh denganwadah dan pemikiran.Yang ketiga ialah mata hati atau batin atau akal penuh yang berkait dengan sferarohani. Seni yang lahir dari mata hati bukan sahaja mendidik deria akal, tetapi roh, untukmengukuhkan iman dan mencerahkan kerohanian. Matlamat akhirnya ialah manusia itu“bersatu’ dengan Tuhannya. Justeru, berdasarkan kesedaran diri sastera, maka keseluruhansistem sastera Melayu lama disusun semula. Menurut Braginsky (1994: 2) sfera yang ketigaini yang menduduki tempat tertinggi dalam sistem sastera klasik, ialah sfera kesempurnaanrohani, atau sfera kamal, yang bermatlamat untuk menyucikan kalbu rohani, atau kalbunurani manusia, iaitu sebuah alat penghayatan intuitif Haq Ter’ala. Contoh karya di bawahsfera ini ialah hikayat-hikayat agiografi dan alegori sufi.Nilai Dalam Pantuan MelayuNilai boleh difahami sebagai ukuran yang diberikan oleh individu tentang sesuatu atauperlakuan, baik atau buruk, halus atau kasar, tinggi atau rendah, dan cantik atau tidakberasaskan kepada kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Anggota masyarakatdapat menyatakan ukuran nilai dalam menentukan sesuatu atau perlakuan berasaskan kepadapengalaman yang diterimanya melalui proses sosialisasi. Nilai dipupuk secara berpanjangandalam proses sosialisasi individu. Dalam memupuk nilai itu masyarakat menyediakanberbagai-bagai saluran, seperti keluarga, rakan-rakan sebaya, pendidikan dan kelompokmasyarakat. Walau bagaimanapun, nilai-nilai sosial yang dipupuk dalam masyarakat itumempunyai kepentingan dan keperluan yang berupa secara bersama (Wan Abdul Kadir,2000: 4)Nilai dalam pantun Melayu adalah dikongsi bersama masyarakat. Sejajar dengandunia pantun Melayu yang berada di bawah lingkungan dunia partisipatoris (penyertaan) dandunia kolektif (collective) yang bermaksud pantun adalah hak milik bersama masyarakat. Iaboleh dituturkan oleh sesiapa sahaja dan tidak bersifat kepunyaan. Dalam pemupukan nilaiyang ada dalam pantun, ia menjadi sudut pandangan masyarakat yang membinanya92Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042berteraskan adat dan agama. Jati diri Melayu berasaskan bendungan kawalan sosial yangtertakluk dalam dunia kolektif masyarakat Melayu tradisi.Contohnya, berkaitan dengan nilai adab. Dalam pantun Melayu banyak diujarkantentang nilai adab yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dan wujudnya pengajaran kepadamasyarakat sekiranya sesuatu adab itu tidak dipatuhi. Ia mungkin akan dikenakan tekanansosial oleh masyarakat, agama dan sistem adat itu sendiri. Maka, nilai yang baik dalampantun Melayu boleh membentuk jati diri orang Melayu untuk menjadi lebih beradab danbaik. Contoh pantun tentang adab:Kalau bertanak dengan menggulaiMengacau gulai pecah isinyaKalau gelak nak jangan mengilaiKalau mengilai rendah budinya.(Tenas Effendy 2004: 84)Biar orang mencabut cendawanKita mencabut padi kan matiBiar orang berebut bangsawanKita berebut budi pekerti(Tenas Effendy 2004: 109)Contoh pantun di atas ialah mengenai adab dan perilaku seseorang supaya tidakketawa dengan kuat sehingga mengilai, ia memberi gambaran tentang adab yang tidak baikdan wajar dihindari. Ia bersesuaian dengan agama Islam yang melarang kita daripada sifatriak, sombong dan takbur. Sikap ketawa dengan sekuat hati dan mengilai yang digambarkanboleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi sombong dan riak sehingga harga dirinyamenjadi rendah pada pandangan masyarakat di sekelilingnya.Jati Diri MelayuMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 613) jati diri bermaksud sifat atau ciri yangunik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi terasdan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, identiti:pembinaan negara Malaysia lebih berteraskan kekuatan bangsa dan semangat patriotik yangutuh. Setelah sekian lama, pemupukan nilai jati diri telah dilakukan oleh masyarakat Melayutradisi dalam pantun Melayu. Terkandung di dalam pantun Melayu peri adab dan nilai dalammasyarakat Melayu yang harus dipatuhi dan telah menjadi suatu konvensi yang dipersetujuibersama.Pendidikan yang diterima oleh masyarakat Melayu tradisi adalah tidak formal iaitupendidikan yang diperoleh secara langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat disekeliling mereka. Pendidikan asas ini menerapkan ilmu agama Islam yang berperananpenting dalam mengisi keperluan hidup bermasyarakat berlandaskan norma adat dan agama.Tokoh-tokoh ilmu agama disanjung tinggi dan dihormati dalam masyarakat kerana perananmereka dalam memberikan ilmu dan perkembangan ilmu agama ini berkembang pesatsehingga wujudnya sekolah-sekolah pondok. Guru-guru agama di peringkat kampung sangatdihormati dan pendidikan secara formal telah berkembang melalui sistem sekolah pondok.93Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042Pengetahuan tentang ilmu agama diterapkan dalam pantun sehingga wujudnya banyak pantunnasihat yang disesuaikan dengan panduan dan syariat beragama.Fungsi pantun nasihat adalah untuk mengajar. Tersenarai di dalamnya peri adab dannasihat yang digunakan dan diamalkan dalam ruang lingkup masyarakat Melayu tradisional.Pendekatan malu dan budi bahasa amat akrab dengan masyarakat Melayu tradisi. MenurutWan Abdul Kadir (2000: 56) konsep malu yang digunakan dalam masyarakat Melayu bolehmembawa dua pengertian atau makna. Pertama, malu yang membawa pengertian segan ataukurang selesa untuk melakukan sesuatu. Misalnya malu bertanya sesat jalan, malu makanakan lapar, dan malu bekerja akan menjadi miskin. Sikap malu seperti ini amat merugikanseseorang dan boleh membawa kesan buruk. Perasaan malu yang timbul seperti itu bolehdianggap suatu sikap yang negatif dan boleh mempengaruhi orang Melayu menjadi lemah.Sikap malu seperti ini selalu pula difahami sebagaimana malu dalam maksud yang kedua,iaitu rasa malu kerana melakukan kesalahan.Konsep malu yang dipupuk dalam masyarakat Melayu adalah bersesuaian dengannilai-nilai Islam, iaitu perasaan hina kerana melakukan penyelewengan atau kesalahan.Perasaan malu yang berkaitan dengan perlakuan-perlakuan yang boleh membawa malukepada siri seseorang sangat ditekankan oleh orang-orang Melayu, terutama semasa mendidikanak-anak. Semasa kecil lagi anak-anak dididik supaya mereka dapat memahami danmembezakan perlakuan-perlakuan yang boleh membawa malu dan tidak. Perbuatan yangmemalukan ialah apabila melibatkan dengan kes-kes penyelewengan atau kesalahan.Semakin besar kesalahan yang dilakukan oleh seseorang bermakna semakin meningkatperasaan malu yang dirasainya (Wan Abdul Kadir, 2000: 57).Pendidikan dan pemupukan nilai tentang konsep malu ini dapat memberi kefahamankepada masyarakat tentang jati diri Melayu itu sendiri. Mereka perlu menjaga maruah danharga diri serta adab sebagai orang Melayu. Antara pantun yang mengingatkan kita supayatidak melakukan kesalahan-kesalahan ialah:Tembuk labu di balik petiDaun cabai dipatuk balamMenengok Penghulu asyik berjudiTurun Wak Lebai menyabung ayam.(Tenas Effendy 2004: 141)Banyaklah ungka perkara ungkaBesarlah ungka nak dari biawakBanyaklah durhaka perkara durhakaBesarlah durhaka ke ibu bapak.(Tenas Effendy 2004: 82)Jangan suka meratah kerangKerang dipanci menelan cukaJangan suka memfitnah orangOrang benci Tuhan pun murka(Tunjuk Ajar dalam Pantun Melayu: 80)94Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042Selain daripada nilai “malu” (dalam konteks melakukan kesalahan) yang terdapatdalam pantun Melayu tradisi, nilai budi bahasa juga dilihat amat penting dalam membentukakhlak yang baik. Jati diri orang Melayu juga merujuk kepada nilai budi bahasa yang adadalam diri mereka.Orang-orang Melayu dalam memupuk nilai-nilai sosial amat menekankan kepadabudi bahasa dan tatasusila. Perlakuan yang berlandaskan kepada keperluan ini dianggap dapatmemenuhi nilai-nilai yang dikehendaki secara tradisi. Berasaskan kepada nilai-nilai inimempengaruhi tradisi budaya yang diwarisi. Dalam masyarakat tradisi, budi bahasa itumempunyai kedudukan penting dalam menentukan kedudukan dan kebaikan seseorang. Budibahasa itu tidak boleh dijual beli dan daripada perlakuan yang berasaskan kepada budi bahasaitu dapat menerangkan kedudukan dan kebaikan seorang itu dalam masyarakat.Memandangkan kepada pentingnya persoalan ini, maka ibu bapa sangat menekankan hal inikepada anak-anak mereka. Pembentukan budi bahasa itu dapat melahirkan individu yangdapat menunjukkan perlakuan yang dipandang tinggi dan dihormati oleh orang ramai (WanAbdul Kadir, 2000: 104). Maka peranan pantun dilihat dapat memberi maksud kepadadidikan tentang nilai budi bahasa dalam masyarakat Melayu. Contoh pantun ialah:Jangan suka nak merapah pagarMerapah pagar kaki terpurukJangan suka nak berkata kasarBerkata kasar budinya buruk(Tenas Effendy 2004: 80)Jangan suka menetak rebungRebung itu banyak buluhnyaJangan suka berlagak sombongSombong itu banyak musuhnya.(Tenas Effendy 2004: 80)Sifat budi bahasa yang baik dan sifat “malu” yang tinggi melambangkan wajahbangsa Melayu yang mempunyai jati diri yang baik. Tertanam di dalam pemikiran merekabahawa kedua-dua nilai ini saling berhubungkait di antara satu sama lain. Sekiranyamasyarakat Melayu melanggar tatasusila adab yang telah tertanam dalam pemikiranmasyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi maka mereka akan menerima suatu tekanansosial sama ada dari segi undang-undang, masyarakat dan agama. Dalam agama Islam, sifatbudi bahasa yang baik dan lemah lembut adalah kunci kepada semua kebaikan. Menurut Ali‘Imran yang dipetik dalam Aid bin Abdullah Al-Qarni (2011:910) Maka disebabkan rahmatdari Allahlah kamu menjadi berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamubersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauh dari sekelilingmu.Dalam pantun Melayu juga terdapatnya nilai-nilai luhur agama seperti:1. Nilai iman2. Nilai ibadah3. Nilai akhlak95Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042Contoh pantun yang mengandungi nilai-nilai agama adalah seperti berikut:Banyaklah rajut perkara rajutRajut bertali bunga bercanggahBanyaklah sujud perkara sujudSujud sejati kepada Allah(Tenas Effendy 2004: 113)Kalau merenda supaya indahTekat tenun beri berjambulKalau meminta kepada AllahLambat laun pasti terkabul(Tenas Effendy 2004: 115)Islam mengajar penganutnya-penganutnya supaya sentiasa menjauhkan daripadaperlakuan yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Dalam perkembangan peraturan sosial,seperti adat tradisi juga menekankan kepada kepentingan moral dan akhlak. Orang-orangMelayu amat menekankan tentang kepentingan bersama, moral dan akhlak (Wan AbdulKadir, 2000:36). Justeru perilaku nilai dalam masyarakat Melayu adalah dikawal oleh agama,adat dan adab yang melingkari mereka.KesimpulanKonklusinya, nilai keindahan dan pengajaran yang terdapat dalam pantun Melayu menjadisuatu wadah sumber hiburan dan pemikiran masyarakat Melayu tradisi. Pemupukan nilai jatidiri dalam pantun Melayu contohnya nilai “malu” dan “budi bahasa” dapat menunjukkanperilaku tentang cara bagaimana masyarakat Melayu beradab walaupun merentasi zaman.Walaupun pantun penuh dengan sumber hiburan yang dapat menancap mata indera namun iajuga penuh dengan sumber sfera faedah yang terkandung di dalamnya unsur-unsur didaktikdan pengajaran kepada khalayak pendengar. Justeru orientasi nilai jati diri dalam pantunMelayu adalah terdiri daripada adat dan Islam sebagai sumber nilai, dan kedua hidupberagama, bermasyarakat dan berkeluarga yang melingkungi masyarakat Melayu tradisi dandibendungi oleh sistem konvensional yang menuntut masyarakat tradisi patuh kepada normanorma yang baik dalam masyarakat. Maka kepatuhan kepada nilai yang ada dalam tradisimenjadikan nilai jati diri masyarakat Melayu masih utuh sehingga kini terutamanya dalammendidik anak-anak kecil sehingga remaja. Nilai yang baik yang terkandung di dalam pantunMelayu boleh menjadikan masyarakat Melayu berbudi pekerti mulia dan mempunyai jati diriyang kukuh merentasi masa, benua dan zaman. Maka, berdasarkan kepada sfera indah dansfera faedah, pantun dilihat memainkan peranan yang besar dalam pemupukan nilai jati diridalam masyarakat Melayu. Pantun yang baik adalah pantun yang dapat memberikan nilaididaktik dan bukanlah hiburan semata-mata sahaja.PENGHARGAANArtikel ini adalah sebahagian daripada penyelidikan “Manifestasi Akal Budi Melayu DalamKomunikasi Superior-Subordinate di Tempat Kerja: Kajian Dalam Kalangan Warga KerjaMelayu-Malaysia dan Melayu Brunei di bawah Geran Regional Cluster for Research and96Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAHVOL 4 BIL 2 (2017)e-ISSN: 2289-8042Publication (RCRP) 2016-2018, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melibatkanpenyelidik bersama daripada tiga universiti lain iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).Terima kasih kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM diatas sokongan dan galakan yang diberikan oleh kepada pasukan penyelidik.RujukanAidh bin Abdullah Al-Qarni (2011). La Tahzan. Noraine Abu (peny). Selangor:AlHidayah Publications.A. Halim Ali, Mana Sikana & Mohd Rosli Saludin (2011). Prosiding SasteraMembina Peradaban Bangsa. Budiman Malaysia.Braginsky V.I (1994). Nada-nada Islam dalam Sastera Melayu Klasik. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan PustakaBraginsky V.I (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan MelayuKlasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Braginsky V.I (1998). Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalamAbad 7-19. Jakarta Inis.Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Norazimah bt Zakaria (2011). Kajian Teks Hikayat Melayu Versi Tengku Said.Universiti Malaya (PhD)Tenas Effendy (2004). Tunjuk Ajar dalam pantun Melayu. Yogyakarta: BalaiKajian dan Pengembangan Budaya MelayuWan Abdul Kadir (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di KalanganOrang-Orang Melayu. Masfami Enterprise.97Muat Turun e-Jurnal: 10 Jan 2017

Pantun, peribahasa, teromba, mantera, zikir, gurindam dan lain-lain adalah sastera lisan di bawah kategori bukan cerita. Keindahan pantun bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang