Transcription

BAB 1PENDAHULUAN1.0 PengenalanDi dalam bab ini, penulis membincangkan tentang latar belakang kajian yang ingindijalankan, permasalahan kajian, objektif, kepentingan, batasan dan skop kajian,konsep dan definisi perkataan yang berkaitan serta rangka kajian.1.1 Latar Belakang KajianAgama Islam merupakan satu- satunya agama rasmi yang telah diiktiraf tanggungjawab memahami agama yang dianutinyaberagamaIslamdengan baik dan betul.Sehubungan dengan itu, untuk menjadi seorang muslim yang sebenar, memerlukankepada ilmu dan pengetahuan dalam bahasa Arab (BA).Hakikat ini tidak dapatdinafikan kerana sumber rujukan utama umat Islam iaitu al- Quran telah diturunkanoleh Jibrail AS kepada Nabi kita Muhammad SAW dalam BA. Allah SWT berfirman:Maksudnya: Sesungguhnya kami menurunkan Al- Quran di dalam bahasa Arab, agarkamu memahaminya.(Surah Yusuf: 2)BA sudah dikenali di Malaysia sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada zamanpemerintahan kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada waktu itu, pedagang- pedagangdari tanah Arab datang berdagang di Melaka dan dalam masa yang sama merekamenggunakan peluang tersebut untuk menyebarkan agama Islam. Semenjak dari itu,1

bermulalah perkembangan Islam di Tanah Melayu sekaligus menjadikan BA sebagaisalah satu bahasa untuk memahami Islam.Lama- kelamaan penduduk yang pada asalnya beragama Islam menganggap BA bukanlagi satu bahasa asing bagi mereka. Bahkan mereka mengganggap perlu mempelajariBA supaya mereka dapat memahami isi al- Quran, hadis dan buku- buku agama yangsebahagian besarnya ditulis dalam BA. Umat Islam khususnya ahli- ahli agama sangatdikehendaki memahami BA yang merupakan salah satu medium untuk memahami danmengkaji isi kandungan al- Quran, hadis dan sumber ilmu agama yang lain dengantujuan untuk menyampaikannya kepada masyarakat dengan pemahaman yang betul.Hari ini BA merupakan antara salah satu bahasa yang terpenting di dunia dan ia terusberkembang sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global, bukan sahaja dinegara- negara Timur Tengah bahkan ia telah pun mendapat tempat di negara- negaraEropah mahupun di Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Tidak dinafikan bahasa inimula mendapat penerimaan yang baik samada di peringkat tempatan mahupun diperingkat antarabangsa. Bermula dari peringkat rendah dan menengah, kini ia telahpun mendapat tempat di kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia, samadasebagai subjek elektif ataupun sebagai medium perantaraan seperti yang telahdilaksanakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Seiring dengan rancaknya perkembangan BA di Malaysia, kita juga dapat menyaksikanevolusi pendidikan BA di negara kita sejak kebelakangan ini.Pelbagai kaedahpengajaran dan pembelajaran (P&P) BA yang terdahulu dan moden telah digabungkanuntuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Namun begitu,masih terdapat kekurangan dan kelemahan yang sering diperbahaskan dari semasa ke2

semasa. Fenomena ini juga telah dikenal pasti berlaku di UIAM di mana para pelajartidak dapat memahami dan menguasai bahasa ini dengan baik walaupun telahbertahun- tahun mempelajarinya.Fakta ini disokong oleh banyak kajian yang dijalankan di seluruh negara bagi melihatsejauhmana pencapaian pelajar kita dalam bidang BA dan penemuan yang diperolehiamatlah mengecewakan.Ramai di kalangan pensyarah Institut Pengajian TinggiAwam (IPTA) tempatan bercakap tentang kemerosotan tahap penguasaan BA dalamkalangan pelajar IPTA (Osman:1994; Ismail:1994). Kelemahan pelajar IPTA dalammenguasai BA sudah diketahui umum dan amat mendukacitakan. Kelemahan inimerupakan isu benar yang tidak dapat disangkal. Kelemahan mereka yang ketaraterletak pada perbendaharaan kata, morfologi, nahu (sintaksis) dan gaya bahasa (uslub)(Mat Taib:2008).Abdul Rahim (2005) pula menyatakan bahawa kemerosotan penguasaan BA dalamkalangan graduan universiti sangat dirasai sekarang ini, khususnya pelajar lepasan BAdari IPTA Malaysia. Mat Taib Pa (2006) pula menambah penguasaan BA di kalanganpelajar Melayu dirasakan amat lemah, dan kelemahan mereka ini kelihatan lebih ketaradaripada pelajar- pelajar terdahulu walaupun usaha- usaha penambahbaikan telahdilakukan seperti buku teks yang lebih baik, kurikulum yang lebih mantap dan guruyang lebih berkelayakan.Justeru itu, Pusat Asasi UIAM telah mengorak langkah ke hadapan denganmemperkenalkan kaedah “ Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan (KPBBT)” ataupunlebih dikenali dalam bahasa Inggeris (BI) dengan “ Task Based Language Teaching3

(TBLT) sebagai satu alternatif baru untuk menangani permasalahan berkaitanpengajaran bahasa tersebut.Inisiatif penulis dalam kajian ini ialah mengkaji kaedah tersebut dalam pengajaran BAdi Pusat Asasi UIAM dengan melihat dari aspek kelebihan dan kekurangan kaedah inibagi mempertingkatkan mutu P&P BA di pusat ini. Oleh itu, kajian ini akan cubamemfokuskan kepada pandangan pensyarah yang telah menggunakan kaedah tersebutdengan mengambil kira pendapat mereka, serta persepsi para pelajar terhadappenggunaan kaedah ini dalam membantu mereka memahami BA dengan lebihberkesan dan praktikal.1.2Permasalahan KajianPenulis mendapati telah banyak kajian dan penulisan yang dibuat berkaitan denganKPBBT, namun fokus kajiannya banyak menjurus ke arah bahasa asing yang lainkhususnya BI. Kaedah ini telah mula diperkenalkan di negara barat sejak era 80-anlagi, dan ia terus berkembang serta mendapat perhatian ramai pengkaji bahasakhususnya dalam konteks pengajaran bahasa asing.Namun kajian terhadappenggunaan kaedah ini dalam P&P BA secara khusus masih belum dibuat setakat ini.Di samping itu, penulis juga mendapati kaedah pengajaran BA sekarang seringdipersoalkan tentang keberkesanannya dalam melahirkan generasi yang bijakBA.Begitu juga dengan pencapaian BA pelajar di Pusat Asasi UIAM masih di tahap yangtidak memuaskan. Dalam merungkai permasalahan ini, penulis merasakan ianya adakaitan dengan kaedah pengajaran semasa yang diguna pakai di pusat ini.Perkembangan pesat teknologi dan corak pendidikan masa kini juga menunjukkanbetapa metode pengajaran dan pembelajaran sekarang ini perlu kepada satu inovasi dan4

perubahan demi mewujudkan satu kaedah pengajaran yang relevan dan efektif bagimemantapkan dan menjayakan matlamat pengajaran BA di pusat ini.Di Malaysia, pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap BA pada keseluruhannyamasih belum boleh dibanggakan terutamanya di peringkat sekolah (Shahrin : 2000).Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian para pelajar, antaranya kaedahpengajaran yang digunakan olehguru.Justeru itu, kajian yang bersepadu danmenyeluruh perlu ditingkatkan bagi mengenal pasti apakah isu- isu yang berkaitandengan kaedah pengajaran dan cuba menilai kaedah yang telah digunakan sertamencari kaedah- kaedah yang terbaik untuk diaplikasi dalam pengajaran BA diMalaysia.Pendapat ini disokong oleh banyak kenyataan dan kajian yang mengaitkan puncakelemahan BA di kalangan pelajar adalah berkait dengan kaedah pengajaran guru,antaranya Ishak Mohd Rejab (1993) menyebut bahawa salah satu masalah yang timbuldalam P&P BA adalah berpunca daripada kaedah pengajaran yang digunakan olehguru kurang sesuai dan kurang berkesan. Hal ini berikutan kebanyakan guru rataratanya tidak terdedah dengan kaedah pengajaran BA sebagai bahasa asing sertakurangnya pengetahuan linguistik dalam pembelajaran bahasa selain daripadapengaruh bahasa ibunda. Antara hasil kajian lain menyebut bahawa punca kegagalanproses P&P BA ialah kurang pengetahuan berkenaan pendekatan pengajaran BA dikalangan guru (Jefridin Pilus: 2002).Jadi, jelas di sini bahawa kaedah pengajaran guru memberikan impak yang besarterhadap pembelajaran BA yang lebih berkesan. Oleh itu, penulis ingin mengkajikaedah baru yang diperkenalkan di pusat ini iaitu KPBBT dari aspek kesesuaiannya5

dalam pengajaran BA serta dalam masa yang sama mengkaji kekuatan dankekurangannya bagi meningkatkan prestasi BA di kalangan para pelajar sertamemberikan cadangan- cadangan yang mungkin dapat mengatasi kekurangan yangwujud sebagai usaha penambahbaikan.1.3Objektif KajianKajian yang dilakukan oleh penulis mempunyai beberapa objektif iaitu:1.3.1 Mengetahuipemahaman pensyarah terhadap Kaedah Pengajaran BahasaBerasaskan Tugasan.1.3.2 Mengkaji kelebihan dan kekurangan Kaedah Pengajaran Bahasa BerasaskanTugasan dalam pengajaran BA berdasarkan pengalaman pensyarah.1.3.3 Meninjaupersepsi pelajar terhadap pengajaran Pensyarah BA yangmenggunakan Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan.1.3.4 Melihat keberkesanan Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan dalamkalangan pelajar.1.4Persoalan KajianKajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut:1.4.1 Bagaimanakah pengetahuan dan pemahaman pensyarah terhadap “KaedahPengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan”?1.4.2 Apakah pandangan pensyarahBA terhadap “Kaedah Pengajaran BahasaBerasaskan Tugasan” berdasarkan pengalaman mereka?1.4.3 Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran pensyarah BA yang menggunakan“Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan”?6

1.4.4 Apakah persepsi pelajar terhadap “Kaedah Pengajaran Bahasa BerasaskanTugasan”?1.5Kepentingan KajianKajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan, antaranya:1.5.1 Diharapkan agar dapat memberikan garis panduan yang berguna terhadapkaedah P&P yang paling sesuai digunakan untuk meningkatkan mutu BA diPusat Asasi UIAM.1.5.2 Dapat memudahkan pihak yang terlibat dalam penulisan dan penyusunankurikulum BA untuk mengatur rancangan dan strategi yang sesuai bagimenghasilkan silibus yang menepati kehendak pensyarah dan pelajar dalammempertingkatkan penguasaan mereka terhadap BA.1.6Batasan dan Skop KajianPenulis memfokuskan kajiannya terhadap “KPBBT” dengan membincangkan aspekkekuatan serta kelemahan kaedah ini. Kajian ini melibatkan 15 orang pensyarah, (10orang berbangsa Melayu dan 5 orang berbangsa Arab) serta 30 orang pelajar (14 lelakidan 16 perempuan) yang sedang belajar BA dalam tiga peringkat yang berbeza iaituperingkat permulaan (LQM 0208), peringkat pertengahan (LQM 0430) dan peringkattinggi (LQM 0516 & LQM 0616). Mereka terdiri daripada pelajar aliran sains dansastera. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mudah kerana populasi pelajar datangdaripada gugusan fakulti yang berbeza. Responden yang dipilih terdiri daripada parapelajar yang berasal daripada pelbagai status sosial dan latar belakang BA yangberbeza.7

1.7Konsep dan DefinisiPenulis menyatakan di sini konsep dan definisi beberapa perkataan yangpenting supaya kajian ini mudah difahami.1.7.1KaedahPerkataan “kaedah” adalah berasal daripada BA iaituِ َ ق ٌ اع َدة ". Dalam Kamus al-Marbawiy, perkataan ‘kaedah’ membawa maksud jalan, petua, cara dan asas. Namunistilahnya yang lebih tepat mengikut konteks pengajaran BA ialah "ٌ " طَ ِريْ َقة yang jugabermaksud jalan, cara, teknik dan kaedah.Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat: 2005) kaedah ialah cara atau peraturanmembuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).Menurut Sapon Ibrahim, antara pengertian kaedah dalam P&P ialah:1- Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagimelaksanakan proses P&P yang sistematik, terancang dan teratur.2- Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya pelajar dapatmemahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepadamereka.3- Satu prosedur bagi melakukan sesuatu aktiviti yang didahului dengan kewujudanpendekatan.4- Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mulamemikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran.8

1.7.2PengajaranPerkataan ‘pengajaran pula’ jika dirujuk dalam kamus dewan (Edisi Keempat: 2005)membawa maksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar(seperti cara atau sistem mengajar).Ianya dijelaskan lagi oleh Kamaruddin (1998) yang menyatakan bahawa pengajaranadalah satu bentuk komunikasi untuk memberitahu dan mempengaruhi.Penulis merumuskan bahawa pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitandengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu dan ia meliputisemua aspek seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan danpenilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu kepada pelajar.1.7.3Kaedah PengajaranMenurut Kamus Dewan (Edisi Keempat 2005) ‘kaedah mengajar’ bermaksud caramengajar berdasarkan prinsip- prinsip tertentu.Sapon Ibrahim di dalam artikelnya beliau menjelaskan bahawa kaedah mengajar ialahcara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah- langkah penyampaiantersusun. Ia juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuanmencapai objektif pelajaran specifik dalam jangka masa pendek.Muḥammad ‘Abd al-Qadir Aḥmad (1982) pula menyatakan kaedah pengajaran ialahmetode yang digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran untukmenyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar- pelajarnya dengan cara yang paling9

mudah, masa yang paling singkat dan perbelanjaan yang paling minimum. Metodeyang berjaya ialah yang dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat padasukatan, buku atau pelajar.Radinah Uthman Ahmad dan Hizam Uthman Yusuf (2005) menerangkan kaedahpengajaran merupakan himpunan metode yang diikuti oleh guru dengan tujuanmenyampaikan subjek kepada pelajar dengan bantuan teknik- teknik dan cara- caratertentu dengan syarat ianya bersesuaian dengan latar belakang subjek dan memeliharaperbezaan tingkah laku para pelajar.1.7.4Tugasan (Task)Konsep tugasan menurut pakar- pakar bahasa adalah seperti berikut:a)Prabhu (1987): tugasan ialah aktiviti yang memerlukan pelajar untuk sampaikepada suatu hasil tertentu berasaskan kepada maklumat yang diberikan melaluibeberapa proses pemikiran, dengan membenarkan guru untuk membimbing danmengatur proses ini.b)Breen (1987): tugasan ialah sesuatu percubaan yang sistematik untukmempelajari bahasa, mempunyai tujuan tertentu, dan kandungan yang sesuai sertaperlaksanaan aktiviti tertentu yang membawa kepada hasil yang diharapkan. Tugasanmengandungi perancangan aktiviti yang bertujuan untuk memudahkan pengajaranbahasa dengan bersandarkan kepada latihan- latihan secara berperingkat bermuladengan aktiviti- aktiviti yang mudah dan ringkas sehinggalah kepada aktiviti- aktivitiyang sukar dan kompleks.10

c)Nunan (1989) : tugasan ialah kerja kelas yang melibatkan pelajar dalampemahaman, tindakan, penghasilan atau interaksi dalam bahasa sasaran di mana fokusutama mereka lebih tertumpu pada makna berbanding dengan bentuk luaran.d)J. Willis (1996) : tugasan merupakan aktiviti di mana bahasa sasarandigunakan oleh para pelajar untuk berkomunikasi dengan tujuan untuk mencapainatijah (outcome).1.7.5Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan (KPBBT)Menurut Keith (2008), KPBBTialah satu pendekatan yang menyediakan bahanpembelajaran kepada para pelajar dengan memerlukan penglibatan mereka secara aktifbagi mencapai matlamat yang digariskan atau menyiapkan tugasan yang diberikan.Kaedah ini bertujuan menggalakkan para pelajar membangunkan aspek pertuturanmereka melalui tugasan yang disediakan dan menyelesaikannya melalui penggunaanbahasa.Manakala Ellis (2003) dan Nunan (2004) pula menjelaskan KPBBT merupakan satupendekatan komunikasi dalam pengajaran bahasa di mana tugasan digunakan untukmemudahkan pemerolehan bahasa.1.8Rangka KajianKajian yang dilakukan terbahagi kepada lima bab utama di mana setiap babmengandungi bahagian- bahagian tertentu. Secara umumnya penulisan ini dibahagikankepada:11

1)BabBab 1 : Pengenalaninimerupakan pengenalan kepadakajianyangakan dijalankan.Iamembincangkan pengenalan tajuk kajian, latar belakang kajian, permasalahan kajian,termasuk objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan dan skopkajian, konsep dan definisi serta rangka kajian.2)Bab 2 : Kajian LiteraturDi dalam bab ini penulis membincangkan mengenai kaedah pengajaran, jenis- jeniskaedah pengajaran BA yang biasa digunakan, pengajaran BA di Malaysia secara umumdan pengajaran BA di Pusat Asasi UIAM dengan lebih khusus dan penjelasan denganterperinci tentang Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan (KPBBT) sertakajian- kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk.3)Bab 3 : Metodologi KajianDi dalam bahagian ini, perbincangan adalah berkisar tentang metodologi yangdigunakan termasuk reka bentuk kajian, lokasi kajian, subjek kajian, instrumen kajianyang berupa dua set soalan kaji selidik jawapan terpilih untuk dua kumpulan respondeniaitu pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam kajian ini.4)Bab 4 : Dapatan KajianBab ini mengandungi perbincangan mengenai data dan dapatan yang diperolehidaripada responden menerusi set soal selidik yang diberikan kepada mereka.5)Bab 5 : Kesimpulan Dan SarananDi dalam bab terakhir ini, penulis membuat rumusan dan kesimpulan daripadapenemuan yang diperolehi. Penulis juga mengemukakan saranan dan cadangan kepadapihak- pihak yang berkenaan sebagai salah satu usaha penambahbaikan terhadap12

KPBBT dengan tujuan meningkatkan mutu P&P BA di pusat ini khususnya dan diMalaysia amnya.1.9PenutupBab ini membentangkan tentang maklumat awal kajian yang ingin dilakukan olehpenulis. Kajian terhadap KPBBT merupakan satu kajian yang masih baru dan belummeluas terutamanya dalam bidang pengajaran BA. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikansebagai perintis kepada kajian- kajian akan datang demi kelansungan BA untukgenerasi seterusnya.13

BAB 2TINJAUAN LITERATUR2.0PengenalanBab ini akan membincangkan tentang kaedah pengajaran BA di Malaysia, jenis-jeniskaedah pengajaran BA, pengajaran BA di Pusat Asasi UIAM dan memberikanpencerahan tentang “Kaedah Pengajaran Bahasa Berasaskan Tugasan” (KPBBT) sertabeberapa kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk.2.1Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Di MalaysiaDi dalam apa jua bidang ilmu termasuk pembelajaran bahasa, kaedah pengajaranmemainkan peranan yang penting untuk memastikan keberkesanan sesuatu ilmu yanghendak disampaikan kepada pelajar. Penggunaan kaedah pengajaran yang baik dansesuai boleh membantu guru mencapai objektif pengajarannya dan juga memberikanimpak positif kepada pelajar dalam memahami dan menguasai sesuatu bidang ilmu.Sejarah BA di Malaysia bermula dengan kedatangan agama Islam di rantau ini.Penduduk Tanah Melayu mula mengenal huruf dan bunyi Arab dalam beberapa amalanagama yang berkait rapat dengan BA.Namun BA pada waktu itu belum dipelajarisecara khusus kerana tumpuan lebih kepada pengajaran al- Quran dan Fardhu Ain(Khoo Kay Kim, 1980; Mohd Salleh, 1992). Walaupun begitu, BA diajar secara tidaklangsung melalui pengajian agama yang menggunakan kitab yang ditulis dengan BA(Ishak: 1993).14

Pada peringkat permulaan, pengajaran dan pembelajaran BA diadakan di rumah-rumahmelalui orang yang tahu tentang agama.Usaha- usaha pengajaran pada masa itudijadikan dalam bentuk tidak formal. Apabila bilangan orang yang hendak belajaragama Islam bertambah ramai, maka tempat pengajaran diadakan di surau-surau,masjid-masjid dan juga di istana. Tempat- tempat ini juga telah menjadi pusat- pusatdakwah Islamiah oleh para ulamak dan mubaligh- mubaligh.Pengajian rasmi BA di Malaysia boleh dikatakan bermula dengan kemunculan sekolahsekolah pondok pada abad ke-18 (Abdullah Jusuh:1989). Awang Had Salleh (1981)pula menambah bahawa dalam peringkat ini, institusi- institusi pondok muladitubuhkan oleh anak- anak tempatan yang pulang dari Mekah ataupun yang telahmenamatkan pengajian di Negara Timur Tengah. Institusi ini sebenarnya telah mulawujud pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu.Pada peringkat awal, pengajian lebih tertumpu kepada pengajian sintaksis danmorfologi sebagai prasyarat kepada pengajian ilmu-ilmu Islam yang dipelajari selepasitu (Rosni Samah: 2009). Guru- guru yang terlibat dalam mengajar subjek BA ketikaitu hanya menggunakan kaedah tradisional ataupun lebih dikenali dengan nama kaedahnahu terjemahan yang hanya menekankan aspek tatabahasa kepada pelajar melaluipenyampaian secara satu hala sahaja tanpa ada penglibatan pelajar secara aktif.Pada tahun 1977, Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi dibentuk selaras denganpengambilan 11 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Negeri dan diletakkan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Menengah KebangsaanAgama (SMKA). Guru-guru mula diberi latihan dan kursus di dalam dan luar negara15

termasuk Sudan dan Arab Saudi. Buku teks pula dari masa ke semasa diperkemaskandengan bantuan pakar- pakar BA dari ISESCO (Rosni Samah: 2009).Kurikulum BA untuk sekolah menengah menurut Zainal Abidin (1990) mula digubalsecara rasmi pada tahun 1977 dengan penubuhan Sekolah Menengah KebangsaanAgama (SMKA). Usaha menerima pendekatan pengajaran BA secara komunikatifpula bermula pada tahun 1980 sehinggalah apabila Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) dilaksanakan.Kurikulum BA juga digubal semula dandilaksanakan di semua sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah berasramapenuh dan kelas aliran agama mulai tahun 1991.Pada tahun 1996 melalui Akta Pendidikan 1996, BA secara rasmi dimasukkan dalamkurikulum pendidikan Malaysia sebagai bahasa asing. Ia diajar di sekolah sebagaisalah satu mata pelajaran. Hari ini BA bukan sahaja berada di sekolah sekolah aliranArab bahkan sebagai mata pelajaran wajib di Sekolah Berasrama Penuh Dan InstitusiPengajian Tinggi (Jassem Ali,1999)Beliau menambah pembelajaran dan pengajaran BA dihangatkan lagi denganpenubuhan jabatan BA di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Universiti KebangsaanMalaysia merupakan universiti yang terawal menubuhkan Jabatan Pengajian Arab danTamadun Islam, kemudian Jabatan BA di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,kemudian Jabatan BA Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, seterusnyaUniversiti Putra Malaysia dengan Unit BA. Pada tahun 2005, Universiti Sains IslamMalaysia pula menubuhkan Program BA dan Komunikasi di Fakulti Pengajian BahasaUmum. Manakala yang terakhir ialah penubuhan jabatan yang sama di UNISZA.16

Antara inisiatif lain ialah pelaksanaan Program j-QAF hasil daripada cetusan ideamantan YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi pada tahun 2005.Beliau berhasrat melalui program ini, dapat melahirkan murid di sekolah rendah yangbukan sahaja khatam al-Quran, malah beliau juga menyarankan agar BA dijadikansebagai subjek wajib di samping asas-asas fardu ain dan jawi yang perludiperkukuhkan bermula dari sekolah rendah.Kini setelah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, proses P&P BA masih terus menitifasa- fasa perubahan dan penambahbaikan bagi satu matlamat dan tujuan iaitu untukmeningkatkan pemahaman dan penguasaan BA dalam kalangan pelajar.Kesedarantentang betapa pentingnya BA telah wujud sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini.Buktinya kita telah melihat banyak pembaharuan yang dilakukan oleh pihak yangberwajib terutamanya dari segi silibus, buku teks yang digunakan, kemudahan alatbantu mengajar malah kaedah pengajaran juga sering berubah mengikut peredaransemasa sesuai dengan perkembangan teknologi pada masa kini.Selaras dengan kemajuan dan kerancakan arus kemodenan, proses pengajaran danpembelajaran BA telah mengalami beberapa evolusi.Bermula dengan teknikpengajaran secara tradisional, pendekatannya telah berubah kepada teknik pengajarandan pembelajaran secara moden dan terkini.Dahulupembelajaran BA lebihmenekankan aspek nahu, namun kini komunikasi lebih diutamakan. Para ilmuan BAberpendapat melalui proses komunikasi, secara tidak langsung kemahiran nahu dapatdipelajari dan difahami.Kepentingan mempelajari dan memahami BA ini dapat dilihat dari pelbagai aspekkehidupan seperti sosial dan pendidikan. Dalam aspek sosial misalnya, BA diperlukan17

untuk jaringan komunikasi sebagai bahasa agama dan perpaduan. Manakala dari aspekpendidikan ia telah menjadi sebahagian daripada subjek yang perlu dipelajari, malah iajuga telah dijadikan sebagai medium perantaraan dalam berkomunikasi di beberapapusat pengajian tinggi.Akhir- akhir ini, pelbagai pihak telah mula memberikan perhatian dan fokus yangserius terhadap BA kerana ia telah diakui sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan asaskepada tamadun Islam. Ia mempunyai kedudukan yang amat penting bagi umat Islam.Hakikat ini diakui oleh Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan,Tan Sri Dr Rais Yatim yang dipetik daripada Sinar Harian dengan katanya masyarakatIslam di negara ini disarankan menguasai BA dengan baik kerana bahasa itu berpotensiuntuk dijadikan lingua franca bagi menyatukan negara- negara Islam di dunia.2.2Jenis- Jenis Kaedah Pengajaran Bahasa ArabTerdapat banyak kaedah pengajaran bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasakedua atau bahasa asing. Di dalam pengajaran BA, antara kaedah umum yang agakterkenal ialah kaedah nahu- terjemahan, kaedah langsung, kaedah audio- lingual dankaedah komunikasi.2.2.1 Kaedah Nahu- TerjemahanKaedah nahu- terjemahan atau juga disebut sebagai kaedah tradisional menumpukanpengajaran tatabahasa bahasa kedua atau bahasa asing. Secara umumnya, kaedah inimenggunakan teknik terjemahan bahasa sasaran ke bahasa ibunda pelajar. Kaedah inimeletakkan nahu sebagai pelajaran yang penting untuk memberikan beberapakemahiran kepada pelajar.18

Maimun (2003) telah menyenaraikan lima ciri utama pendekatan tradisional yangdigunakan oleh sebilangan besar guru BA semasa mengajar bahasa tersebut :i.Kefahaman melalui bacaan. Petikan karangan diambil dari buku teks muridmurid dan pengajaran lebih mengutamakan tatabahasa.ii.Guru menyampaikan pengajaran kepada seluruh kelas secara satu hala danmurid- murid mendengar secara pasif.iii.Latih tubi secara mekanikal diadakan sekadarnya sahaja.iv.Murid-murid menyalin nota yang diberikan oleh guru.v.Gerak kerja bertulis diadakan dalam bilik darjah dan biasanya tiada tugasan yangdibekalkan untuk dibuat di rumah.Kaedah ini membantu pelajar memahami tatabahasa dan kosa kata BA dengan lebihefektif melalui terjemahan yang digunakan oleh guru. Walaubagaimanapun, fokuspembelajaran pelajar agak terhad dan tidak pelbagai memandangkan mereka hanyaperlu merujuk kepada buku teks yang disediakan guru sahaja.Menurut pandangan Mohd Puzhi Usop (2001) kaedah Nahu dan Terjemahan adalahsesuai untuk pelajar peringkat asas. Selain daripada dapat menguasai tatabahasa BA,pelajar juga dapat memperkayakan perbendaharaan kata menerusi penterjemahan.Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak boleh digunakan dalam pengajaran kemahirankemahiran asas BA seperti kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiranfonologi, kemahiran membaca dan kemahiran menulis kerana pendekatan yangdigunakan adalah berbeza antara satu sama lain.19

2.2.2 Kaedah LangsungKaedah langsung ialah kaedah yang menggunakan bahasa sasaran secara sepenuhnyasemasa proses P & P. Teknik terjemahan ke dalam bahasa ibunda tidak digunakanlangsung. Dalam pengajaran BA, guru menggunakan bahasa tersebut dan dibantudengan bahan- bahan pengajaran untuk memudahkan pengajaran.Kaedah inidigunakan bagi pelajar pada tahap permulaan dan juga pelajar yang telah melepasitahap permulaan (Maimun : 2003).Ia menekankan aspek-aspek lisan, iaitu mementingkan pertuturan dan latihan sehinggamenjadi kebiasaan dengan cara yang paling neutral, teratur dan berperingkat-peringkatiaitu berdasarkan cara seseorang bayi mempelajari bahasa ibundanya. Oleh itu, iasesuai untuk peringkat permulaan pengajaran bahasa.Oleh sebab bahasa lain tidak digunakan, pengajaran perkataan dijalankan denganmenggunakan benda-benda maujud seperti melalui gambar, lukisan, aksi dansebagainya atau melalui antonim dan sinonim bagi menerangkan perkataan yangabstrak atau tidak konkrit.Seterusnya pelajar cuba mengikuti dan menghafalnya.Dalam kaedah, ini latih tubi menjadi cara yang terpenting. Pendekatan ini jugaselalunya disertai dengan lakonan yang dilakukan oleh guru ataupun beberapa aktivitilain. Kemudian guru menyuruh pelajar mengikut apa yang telah dilakukan.Salah Abd. Majid Al-‘Arabiy (t.t) menjelaskan kaedah ini dianggap sebagai kaedahsemulajadi dalam mempelajari bahasa asing kerana ia menyerupai teknik-teknikmempelajari bahasa ibunda.20

Ini bermakna nahu tidak diajar secara formal sebaliknya diserapkan ke dalam bahanmengajar. Tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar- pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasahanya diajar selepas penguasaan struktur ayat. Bahan- bahan bacaan yang digunakanmerupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.2.2.3 Kaedah Audio-LingualKaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)dan kemahiran bertutur (lingual). Rusydi Ahmad Taimah (1989) menjelaskan bahawaberdasarkan kaedah ini kemahiran asas yang paling penting dipelajari oleh pelajar ialahkemahiran mendengar, diikuti dengan kemahiran bertutur. Penguasaan sesuatu bahasabermula dengan kemahiran mendengar dan bertutur, kemudiannya barulah disusulidengan kemahiran membaca dan menulis.Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu mengajar berupa alat- alat audioseperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam. Ia bergantungkepada perbualan (hiwar) untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertuturmenerusi asas-asas susunan perkataan (tarkib) dan perbendaharaan kata ( mufradat )yang baru pada setiap pembelajaran.Melalui kaedah ini, guru memfokuskan kepada pelbagai latihan dengan tujuan untukmembiasakan pelajar dengan bahasa yang dipelajari. Hal ini boleh dilakukan melaluihafalan perbualan dan latih tubi untuk mengurangkan berlakunya kesalahan danmenjauhi penggunaan bahasa ibunda.21

Mengikut kaedah ini ‘mufradat’ perlu dipelajari dalam konteks bahasa dan budaya.Oleh itu, kaedah ini mengutamakan bidang kebudayaan dan kemasyarakatan dalamsistem pendidikan bahasa asing. Pengajaran sintaksis yang diajar menerusi teknik iniberdasarkan ungkapan- ungkapan yang terdapat semasa perbualan.Untuk merealisasikan kaedah ini, pelbagai faktor perlu diambil kira sepertimenyediakan alat bantu mengajar yang moden dan lengkap.Namun kekurangankemudahan seperti alat perakam dan kaset, video, makmal bahasa dan lain- lain disekolah- sekolah dan di institusi pengajian tinggi tidak

1- Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses P&P yang sistematik, terancang . metode yang digunakan oleh guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar- pelajarnya dengan cara yang paling . 10