Transcription

BUDAYA PENYAYANG DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT ISLAM: ANTARATEORI DAN PRAKTISolehSiti Norlina bt MuhamadAhmad Kilani MohamedZulkifli HaronPusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial,Universiti Teknologi Malaysia,Skudai, Johor.Tel: 07-5535070e-mail : norlina @ utm.mySiti Aisyah Abdul RahmanJabatan Pembangunan Sumber ManusiaFakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber ManusiaUniversiti Teknologi MalaysiaABSTRAKIslam amat menekankan usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Dalammenjamin keharmonian masyarakat, beberapa ciri asas yang menjadi dasarpembentukan masyarakat perlu ditekankan. Islam mengaitkan pembentukanmasyarakat penyayang dengan tiga hubungan dasar iaitu hubungan manusiadengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusiadengan alam. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan sebuahnegara yang aman tidak akan tercapai melainkan dengan membentuk individuyang berteraskan Islam terlebih dahulu. Keperibadian yang mulia dan peganganagama yang mantap adalah faktor penting dalam mewujudkan masyarakatpenyayang. Walau bagaimanapun tahap kesedaran masyarakat terhadap konsepmasyarakat penyayang masih rendah. Masalah penganiayaan kanak-kanak danpenderaan isteri masih menjadi isu serius yang diperkatakan oleh mediamassadan masyarakat. Begitu juga dengan kes pengabaian terhadap orang-orang tua.Keadaan ini memerlukan perhatian serius dari setiap anggota masyarakat. Kertaskerja ini akan melihat isu-isu masyarakat penyayang dari perspektif Islam.PendahuluanKasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Ia adalah suatuaktiviti mental yang rasional dan logikal. Setiap individu hendaklah mengendalikan hubungandengan penuh tanggungjawab sehingga tercapai matlamat kebahagiaan di dalamkehidupannya. Kebolehan dalam mencurahkan kasih sayang merupakan asas dalampembinaan keluarga bahagia. Ini kerana setiap anggota keluarga mampu menunjukkan kasihsayang sesama mereka bagi mengeratkan hubungan.Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Kesediaanmengambil berat, memberi perhatian, tolong-menolong, bertolak ansur dan menjaga kebajikanadalah antara ciri-ciri penting untuk melahirkan masyarakat dan keluarga yang harmoni. Kasih1

sayang adalah antara sifat yang dituntut oleh Islam. Jika masyarakat kita kurang mengamalkansikap penyayang bererti mereka tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Iniditegaskan oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud:“ Demi diriku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurgasehingga kamu beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamuberkasih sayang.”Riwayat Ibnu MajahKasih sayang boleh dibina dalam jiwa setiap individu. Terdapat tiga elemen kasih sayangiaitu:i.Kasih dan sayangii.Simpati iaitu dengan menunjukkan simpati kepada orang yang ditimpa kesusahanseperti menghulurkan bantuan kewangan dan sebagainya.iii.Menggunakan akal dalam membuat keputusan dan tidak menurut nafsu. Sebagaicontohnya seorang bapa menghukum anaknya yang melakukan kesalahan hanyasebagai satu pengajaran bukannya untuk menyiksa atau mendera merekaMasyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalamsuasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menaburbudi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa danpemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini jugadikenali sebagai „budaya ikram‟.Sifat „ikram‟ dikenali di dalam masyarakat Malaysia sebagai sifat suka menolong orang lain.Setiap anggota masyarakat sentiasa mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekitarmereka, peka terhadap apa yang berlaku kepada orang lain, menyayangi dan menghargaiorang lain, membantu mereka yang teraniaya dan kurang bernasib baik serta merasabertanggungjawab terhadap manusia lain.Kesimpulannya masyarakat penyayang membawa maksud satu masyarakat yang mempunyainilai-nilai kematangan insan yang sempurna. Apabila sesuatu masyarakat itu digelarmasyarakat penyayang, ia akan memberikan gambaran bahawa masyarakat tersebut memilikiciri-ciri kesempurnaan dalam kehidupan majmuk seperti tahap keimanan dan ketakwaan yangtinggi, anggotanya hidup bersatu padu, tolong menolong, bina membina sehingga berjayamelahirkan suasana harmoni.Islam Dan Masyarakat PenyayangIslam telah menggariskan beberapa panduan untuk manusia bermasyarakat. Di dalam Islamkonsep masyarakat penyayang dikaitkan dengan tiga hubungan iaitu:i.ii.iii.Hubungan erat manusia dengan AllahHubungan manusia sesama manusiaHubungan manusia dengan alam sejagat2

i.Hubungan erat manusia dengan AllahAllah S.W.T telah mengingatkan manusia kecelakaan yang akan menimpa mereka sekiranyatidak dipelihara hubungan yang sebaik-baiknya antara manusia dengan Alllah.Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika merekaberpegang kepada tali Allah (agama) dan tali (perjanjian) dengan manusia.” (Ali Imran, 3:112)Walaupun ayat tersebut pada hakikatnya menceritakan tentang orang Yahudi tetapipengajarannya adalah ditujukan untuk semua umat manusia. Implikasi dari terpisahnyahubungan antara manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia adalah samawalau bangsa apa sekalipun.Kasih sayang Allah kepada makhluk adalah luar biasa dan di luar khayalan manusia. AllahS.W.T sentiasa memberikan pertolongan kepada para mukmin ketika mereka tidak berupayamenolong diri mereka sendiri. Dengan rahmat Allah juga manusia diletakkan pada kedudukanyang tinggi berbanding dengan makhluk lain. Manusia adalah makhluk ciptaan-Nya yangpaling mulia dan dilantik sebagai khalifah untuk mentadbir bumi. Oleh itu dalam usahamewujudkan satu masyarakat yang harmoni, setiap individu mestilah memastikan ikatan danhubungan dengan Allah tidak terputus.ii.Hubungan manusia sesama manusiaHubungan manusia dengan manusia adalah menjadi salah satu daripada ciri utamapembentukan masyarakat Islam yang ideal. Seorang muslim hendaklah memahami sarananRasulullah S.A.W yang bermaksud:“Barangsiapa tidak berasa belas kasihan terhadap sesama manusia, Allah pastitidak akan menaruh belas kasihan kepadanya.”Riwayat Al-TirmiziManusia telah dijadikan Allah bersifat lemah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:“ Dan manusia itu dijadikan bersifat lemah” ( An-Nisa‟ 4:28)Kelemahan manusia adalah suatu realiti yang tidak dapat dinafikan. Walaupun kita dapatiseorang individu itu mempunyai banyak kelebihan tetapi sudah pasti tersembunyi jugakelemahan pada dirinya. Apabila manusia menyedari hakikat kelemahan dan kekurangan ini,mereka hendaklah berusaha mengatasinya. Golongan lemah memerlukan pertolongan daripadayang kuat dan golongan yang kuat mestilah sentiasa bersedia menghulurkan bantuan. Inilahantara matlamat Islam dalam membentuk masyarakat yang ideal.Islam juga telah meletakkan cinta dan kasih sayang sebagai sebahagian daripada iman. Inidibuktikan oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk persahabatan yang bermaksud:“ Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranyasebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.”(Riwayat Bukhari)3

Seorang muslim itu juga dituntut mencurahkan kasih sayang kepada kelompok yang lebihluas, bukan hanya terbatas kepada keluarga, sahabat-handai dan kaum kerabat sahaja. Kasihsayang itu mestilah mencakupi seluruh umat manusia.iii.Hubungan manusia dengan alam sejagatAlam adalah anugerah Allah yang paling berharga bagi kehidupan manusia danseluruhkehidupan di muka bumi ini. Pencemaran alam sekitar merupakan hasil pengabaian tauhid dannafsu tamak manusia untuk menguasai alam. Mereka bersikap keterlaluan dalammengeksploitasi sumber alam. Sebagai contohnya, penebangan hutan secara berlebihan,pengeluaran asap tebal dari kilang, pembaziran sumber dan sebagainya.Islam telah menggariskan beberapa petunjuk dalam menjaga alam sekitar. Contohnya, Islammengajar bahawa membuang duri dan halangan di jalan sebagai salah satu daripada cabangiman. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:“Telah ditunjukkan kepadaku amal perbuatan umatku, sama ada yang baik atauyang buruk. Aku dapati di antara amalan kebaikan ialah membuang halangandari jalan dan di antara amalan buruk, membuang kotoran ( hingus atau air liur)di masjid lalu tidak ditimbus.”(Riwayat Ibnu Majah)Sekiranya membuang duri kecil merupakan satu tuntutan , maka sudah tentu membuangkotoran sisa toksid, asap, kotoran kilang dan lain-lain pencemaran lebih dituntut demi menjagakesejahteraan awam.Ziauddin Sardar dalam bukunya „ Masa Hadapan Islam‟, merujuk masalah alam sekitardengan salah satu prinsip syariah yang paling utama iaitu perisytiharan Nabi MuhammadS.A.W bahawa “ tidak boleh merosakkan dan tidak boleh mengekalkan kerosakan.” Ini berertiseseorang itu tidak boleh melakukan kemusnahan terhadap sesuatu benda atau membiarkankepincangan berlaku tanpa usaha pencegahan.Rasulullah S.A.W juga melarang umatnya daripada menganiayai binatang dan menyuruhmereka memastikan hak binatang dipenuhi. Pada zaman Saidina Umar r.a., beliau telahmenjatuhkan hukuman takzir kepada seorang yang menyembelih binatang denganmenggunakan pisau yang kurang tajam. Ini menunjukkan Islam menghormati hak binatang.Saintis barat suatu masa dulu menganggap alam ini sebagai musuh. Manusia perlumenguasainya walaupun terpaksa memusnahkan alam. Mengikut pandangan Islam pula, alamdianggap sebahagian daripada manusia. Oleh itu manusia perlu berkompromi danmenghormati apa yang ada di alam ini. Alam semesta ini dijadikan semata-mata untukkegunaan manusia, bukan untuk disalahgunakan. Mereka mestilah menggunakan sumber alamini mengikut jalan Tauhid, iaitu dengan mengelakkan pembaziran dan merasakan bahawaalam ini adalah amanah Allah kepada mereka.Kesimpulannya, Islam amat menekankan usaha ke arah mewujudkan masyarakat penyayangagar masyarakat dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan damai. Sumber-sumber alamyang berharga seperti tanah, air dan sebagainya tidak boleh dimonopoli atau disalahgunakan.Ia mestilah diurus dengan bijak untuk kebaikan bersama kerana setiap individu mempunyaihak yang sama dalam menggunakan nikmat Allah. Hasil persamaan hak ini, hubungan antara4

manusia sesama manusia akan menjadi bertambah kukuh. Islam juga menegaskan bahawamanusia perlu menghargai kehidupan dan tidak mengeksploitasi sumber alam sewenangwenangnya kerana ia berkait rapat dengan sikap menghormati apa saja makhluk Allahterutama yang ada di sekitarnya.Asas Pembentukan Masyarakat PenyayangMembentuk sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranyadalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah denganpembentukan masyarakat. Ia mestilah dimulakan dengan pembinaan asasnya.Pembinaan masyarakat yang ideal memerlukan asas yang kukuh di mana ia mesti diserapkanke dalam jiwa setiap individu. Asas-asas tersebut adalah seperti berikut:i.ii.iii.iv.v.vi.Akhlak sebagai asas pembentukan masyarakat penyayangMembentuk peribadi muslim yang sebenarMempersaudarakan seluruh kaum musliminMenjalin persahabatan dengan orang bukan IslamMeletakkan asas keadilan sosialContoh teladan yang baik dari pemimpin negarai.Akhlak sebagai asas pembentukan masyarakat penyayangAkhlak merupakan asas terpenting dalam mewujudkan hubungan baik antara anggotamasyarakat. Hubungan baik antara pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa wujud. Apabilaakhlak runtuh akan hancurlah hubungan baik antara mereka dan masyarakat juga akanberpecah-belah. Memperbaiki akhlak umat adalah tugas utama Rasulullah S.A.W . SabdaRasulullah S.A.W yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengutusku untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak danmelengkapkan perbuatan yang baik.”(Riwayat al-Tirmizi)Rasululllah S.A.W telah memulakan pembentukan masyarakat Islam dengan pembinaan budipekerti yang mulia. Budi pekerti yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untukmelahirkan manusia yang mempunyai hati yang bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalamtugas, cinta kepada kebaikan dan membenci kejahatan.Rasulullah S.A.W adalah contoh ideal dalam kesempurnaan akhlak. Segala tingkah lakunyamenjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh para sahabat dan kaum muslimin seluruhnya. Iniditegaskan sendiri oleh Allah S.W.T dengan firman-Nya yang bermaksud:“ Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang cukup mulia.”(al-Qalam, 68:4)Akhlak mulia yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W adalah bertujuan untuk melahirkanmanusia yang soleh menurut ajaran Islam.5

ii.Membentuk peribadi muslim yang sebenarHasrat untuk mewujudkan suatu masyarakat yang adil dan sebuah negara yang aman makmurtidak akan tercapai melainkan dengan membentuk individu-individu yang berteraskan Islamterlebih dahulu. Pembentukan individu-individu muslim bertujuan untuk mengubah sikapkesukuan dan kebangsaan kepada manusia Islam yang sebenar. Dari „muslim‟ mereka akanmenjadi „mukmin‟ yang akan menghayati seluruh ajaran Islam di samping berusaha supayanilai-nilai Islam itu menjadi kenyataan di dalam kehidupan masyarakat manusia.Mala petaka yang menimpa manusia hari ini adalah disebabkan terhakisnya peribadi individuyang sebenar dalam masyarakat. Dengan terhapusnya dasar-dasar Islam yangberperikemanusiaan dari kehidupan mereka, maka berlakulah penindasan, kezaliman dankemiskinan. Oleh itu kekukuhan jiwa dan nilai agama sangat diperlukan untuk membolehkanrakyat mencapai satu tamadun yang tinggi. Kemajuan ini adalah seiring dengan nilai salingmembantu, bersifat penyayang, peka antara satu sama lain dan bersedia membantu merekayang susah.Realitinya, umat Islam boleh mencapai tahap akhlak yang tinggi melalui kesedaran terhadapagama. Kesedaran ini pula mestilah meningkat naik setaraf dengan pencapaian kebendaan.Sekiranya tidak ada keseimbangan di antara pembangunan ekonomi dengan peningkatanakhlak masyarakat, sesebuah negara itu tidak boleh dikira sebagai negara maju. Ini adalahkerana kemajuan negara berkait rapat dengan kemajuan pemikiran rakyatnya.iii.Mempersaudarakan seluruh kaum musliminPersaudaraan penting kerana ia akan membawa kepada perpaduan. Perpaduan ini pula akanmembawa kepada ketahanan negara. Persaudaraan yang dimaksudkan di sini bukan sahajadari segi lahiriah tetapi juga dengan perasaan yang benar-benar jujur dan ikhlas. Seseorangindividu itu akan mengasihi saudara seagama sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.Perasaan inilah yang ditanam oleh Rasulullah S.A.W di hati orang Islam bagi mewujudkansebuah masyarakat yang bersatu padu dan berkasih sayang antara satu sama lain. Firman AllahS.W.T yang bermaksud:“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlahantara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapatrahmat.” (al-Hujurat , 49 :10)Di dalam sejarah umat Islam ada beberapa kisah menarik tentang persaudaraan yang sejati dikalangan umat Islam. Ada riwayat yang menceritakan bahawa terdapat seorang Ansar yangbukan hanya sanggup menghadiahkan sebahagian dari hartanya kepada saudara semuslim darigolongan Muhajirin tetapi juga sanggup menceraikan salah seorang dari isteri-isterinya untukdikahwini oleh saudara Muhajirin tersebut. Sebenarnya tingkat persaudaraan yang sebeginierat, kadang-kadang sukar difahami oleh manusia pada masa sekarang.iv.Menjalin persahabatan dengan orang bukan IslamSelain dari mengeratkan tali persaudaraan di kalangan kaum muslimin, Islam jugamenganjurkan agar mereka menjalinkan persahabatan dengan orang-orang bukan Islam.Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan negara yang stabil, keseimbanganantara dua hubungan ini perlu dititikberatkan.6

Profesor Dr Hassan Ibrahim Hassan mengatakan bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W,orang-orang Yahudi diberikan persamaan hak dengan kaum Muslimin dalam menggunakankemudahan awam dan hak-hak lain sebagai warganegara. Mereka bebas mengamalkan ajaranagama mereka selagi tidak mengganggu kemaslahatan umum dan masyarakat Islam.Islam menetapkan ketentuan hukum yang adil dan benar di mana permusuhan terhadap orangbukan Islam hanya boleh dilakukan dalam keadaan perang atau ketika mereka menyerangkaum muslimin. Islam juga membolehkan kaum muslimin memakan sembelihan ahlul kitab (kecuali jenis makanan yang diharamkan) dan menjalinkan persahabatan dengan mereka.Keizinan ini merupakan tawaran terhormat untuk hidup berdampingan secara damai antarakaum muslimin dan orang-orang bukan Islam yang hidup di tengah masyarakat Islam. Ianyaterbentuk atas dasar prinsip yang sihat seperti saling berkasih sayang, hormat menghormati,menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga dan lain-lain kebajikan.Sikap sukakan keamanan, perdamaian dan bersedia menerima orang lain dalam masyarakatmereka merupakan tanda-tanda dan cara berfikir orang-orang yang dinaungi dan dicintai AllahS.W.T.v.Meletakkan asas keadilan sosialUmat Islam bertanggungjawab menegakkan keadilan dalam melaksanakan amanat Allah tanpasebarang sentimen dan kecenderungan kepada mana-mana pihak. Tujuan mereka adalahsemata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ini ditegaskan oleh firman AllahS.W.T yang bermaksud:“ Dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia hendaklah kamumenghukum dengan adil” (an-Nisa‟ : 58)Keadilan mesti ditegakkan walaupun orang yang akan diadili itu adalah orang-orang yangberlainan agama. Abu al-Hassan „Ali An-Nadwy (Apakah Kerugian Dunia AkibatKemerosotan Kaum Muslimin) menceritakan:“ Kami telah diberitahu oleh beberapa orang tuan guru bahawa pernah terjadiperebutan sebidang tanah antara sekumpulan orang Hindu dan orang Islam di sebuahperkampungan di India.Orang-orang Hindu mendakwa tanah itu tempat untuk merekamendirikan candi sedangkan orang-orang muslimin mendakwa tanah itu tempat untukmereka mendirikan masjid.Akhirnya kedua belah pihak mengemukakan perkara itu kepada penguasadaerah yang berketurunan Inggeris. Penguasa Inggeris itu telah bertanya,”Apakah di daerah ini ada seorang muslim yang dapat dipercayai kejujurannya?Saya akan memberi keputusan berdasarkan pendapatnya.” Mereka lalumembawa seorang Syeikh dari kalangan ulama Islam yang terkenal. Dalamperbicaraan tersebut Syeikh itu telah berkata,” Dalam hal ini kebenaran adapada orang-orang Hindu. Tanah itu milik mereka.”Walaupun dari jawapan Syeikh itu kaum muslimin telah tewas dalam perbicaraan tetapi disebalik kegagalan tersebut mereka mendapat kemenangan kerana tertegaknya kebenaran dankeadilan.7

vi.Contoh teladan yang baik dari pemimpin negaraSalah satu faktor penting dalam pembinaan masyarakat penyayang ialah contoh teladan yangbaik daripada pemimpin masyarakat. Rakyat akan mencontohi perbuatan dan tindakanpemimpin-pemimpin mereka.Apabila seseorang pemimpin mengutarakan konsep yang baik, rakyat akan mendengar danmenelitinya. Sekiranya saranan itu dipraktikkan oleh pemimpin itu sendiri, maka rakyat akanterus mengamalkannya.Faktor keperibadian yang luhur pada diri Rasulullah S.A.W mendorong bangsa Arab yangterkenal dengan sifat kasar, menganut agama Islam. Keperibadian Baginda S.A.W merupakansenjata efektif dalam proses Islamisasi masyarakat Arab sehingga berjaya melahirkanmasyarakat yang harmoni dan bersatu padu.Melalui keenam-enam asas inilah terbentuk sebuah masyarakat yang kuat dan padu,masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada ajaran Islam dan arahan Allah. Masyarakatseperti inilah yang berjaya menegakkan kebenaran dan menjunjung tinggi undang-undangAllah.Ciri-Ciri Masyarakat PenyayangSetiap individu yang mendalami ajaran agamanya, akan sentiasa bertoleransi denganmenjadikan dirinya sebagai sumber kasih sayang. Ini kerana dia menyedari bahawa kasihsayang seorang manusia di muka bumi menjadi punca turunnya rahmat Allah. RasulullahS.A.W menegaskan hal ini dengan sabdanya yang bermaksud:“Hendaklah kamu menyayangi makhluk di bumi nescaya segala apa yang ada dilangit turut menyayangimu.” (Riwayat al-Tirmizi)Perasaan kasih sayang adalah bersifat menyeluruh. Ia merupakan bekal bagi setiap individuuntuk hidup bermasyarakat agar mereka saling mengasihi, bersahabat dengan penuh kasihsayang, menasihati secara ikhlas dan berlemah lembut dalam pergaulan.Masyarakat Islam yang sebenar ialah masyarakat yang menyediakan keharmonian dankeadilan kepada semua kaum, bangsa dan umat manusia. Jaminan sosial dalam Islam jauhberbeza dan lebih baik daripada apa yang mampu diberikan oleh demokrasi ciptaan Barat.Negara-negara dunia yang mengamalkan sistem demokrasi Barat telah tidak dapat lagimembendung penindasan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.Sesuatu masyarakat itu akan dikenali sebagai masyarakat penyayang apabila kaedah integrasisetiap individu berdasarkan ciri-ciri berikut:i.TauhidullahTauhidullah membawa maksud konsep keEsaan Allah, kesatuan penciptaanmakhluk, kesatuan kebenaran dan ilmu, kesatuan kehidupan dan kesatuan kemanusiaan. Imanadalah dasar perubahan pada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Menurut Imam Hassanal-Banna, mengenal Allah merupakan kekuatan yang memimpin perubahan dan yang8

mengubah manusia dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Allah S.W.T berfirmanyang bermaksud:“ Wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul-Nyaapabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupanbagimu.” ( al-Anfal, 8:24)Syeikh Muhammad Abdullah al-Katib pula menjelaskan bahawa imanlah yang menghasilkanamalan soleh. Perbuatan baik yang dilakukan oleh setiap anggota masyarakat muslim ini akanmembawa kebaikan kepada seluruh umat manusia. Di dalam Islam kekuasaan tertinggi hanyapada Allah S.W.T. Setiap manusia mestilah menjadikan hukum Allah sebagai panduan hidupmereka.ii.Ukhuwwah IslamiyyahUkhuwwah Islamiyah ialah kesatuan hati, fikiran, perasaan dan jiwa setiap individu yangberiman dengan satu aqidah. Menjalin persaudaraan Islam adalah satu ciri yang patut dipupukdalam masyarakat Islam. Masyarakat Islam yang sempurna hanya dapat wujud setelah berjayamempersatukan tenaga, fikiran dan hati anggota masyarakatnya.Persaudaraan Islam merupakan ikatan iman yang kuat sebagaimana sabda Rasulullah S.A.Wyang bermaksud:“ Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marahkerana Allah.” (Riwayat Imam Ahmad)Persaudaraan Islam merupakan tanggungjawab masyarakat dalam menjalani kehidupanseharian. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:“Hak seorang muslim terhadap seorang muslim 6 perkara: Apabila engkaubertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.Apabila beliaumenasihatimu, hendaklah engkau menasihatinya. Apabila beliau bersin danmenyebut (Alhamdulillah) hendaklah engkau menyebut (Yarhamkallah). Apabilabeliau sakit hendaklah engkau menziarahinya dan apabila beliau meninggaldunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya.” ( Riwayat Muslim)Untuk menjamin kesempurnaan persaudaraan, setiap muslim perlu melaksanakan 6 perkarayang disebut dalam Hadis di atas.Persaudaraan Islam ini juga dapat membentuk rasa kasih sayang, kemesraan dan saling bantumembantu. Apabila perasaan ini bersebati dalam jiwa umat Islam, masyarakat Islam akanmenjadi lebih sempurna dan kukuh serta dapat menyumbangkan pembangunan aqidah dansyariah dari semasa ke semasa.iii.Musawah-Konsep Persamaan TarafKonsep persamaan yang dimaksudkan di sini ialah persamaan taraf di sisi Allah S.W.T. Islammengiktiraf bahawa perbezaan tetap wujud dalam soal kemampuan, potensi, kekayaan dansebagainya. Tetapi perbezaan ini tidak boleh dijadikan ukuran dalam menentukan tinggirendahnya darjat manusia. Di sisi Allah manusia hanya berbeza dari segi ketakwaannyakepada Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:9

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa diantara kamu.” ( al-Hujurat, 49:13)Sejarah membuktikan bahawa di zaman kegemilangan Islam, masyarakat muslim telah berjayamewujudkan prinsip persamaan darjat yang sebenar. Setiap anggota masyarakat berasabahagia, mengecapi kenikmatan hidup dan memahami konsep kemanusiaan dengan jelas.Semasa Rasulullah S.A.W masih hidup, seorang yang bernama Salman al-Farisi (berbangsaFarsi), Suhaib al-Rumiy (berbangsa Rumawi) dan Bilal bin Rabah al-Habasyi (berbangsaNegro dari Ethiopia) hidup bersama dalam satu lingkungan dengan Abu Bakar al-Siddiq alQuraisy (dari kabilah Quraisy). Mereka yang asalnya berlainan darjat keturunan dapatdisatukan oleh Islam. Atas dasar persahabatan kerana Allah, Rasulullah S.A.W berjayamewujudkan satu jalinan persahabatan yang teguh antara mereka.Konsep persamaan dalam Islam ini merupakan hasil dari keimanan yang mantap di jiwa umatIslam. Walau pun manusia hidup dalam pelbagai bangsa atau golongan, mereka sebenarnyaberasal dari satu keturunan iaitu Adam dan Hawa.Apabila konsep ini difahami dengan jelas, tidak akan wujud ketidak adilan dan kekacauan didalam masyarakat. Konsep bangsa pilihan (seperti penilaian bangsa Yahudi) dan konsepmasyarakat yang tidak berbangsa akan terhapus bila konsep persamaan ini dapat diterapkandalam masyarakat.iv.BermesyuaratSalah satu daripada ciri-ciri keperibadian Islam ialah sentiasa bermesyuarat. Bermesyuaratialah berunding untuk mencapai sesuatu keputusan. Allah S.W.T sendiri menyifatkanmasyarakat Islam sebagai masyarakat yang banyak berbincang sesama mereka dalammenentukan perkara-perkara yang penting. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:“ Sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka.”(al-Syura,42:38)Rasulullah S.A.W menyifatkan permesyuaratan sebagai satu langkah yang bijak yang bolehmengelakkan penyesalan. Baginda S.A.W sentiasa berbincang dengan para sahabatnya baiksemasa menghadapi kesusahan mahupun kesenangan. Ini diperintahkan sendiri oleh AllahS.W.T kepada Baginda S.A.W sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:“ Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam setiap urusan.”( ali-Imran, 3: 159)Seorang muslim yang sebenar tidak akan jemu berbincang dalam menghadapi masalah besar.Dalam mengadakan mesyuarat seseorang itu tidak boleh bersikap pilih kasih keranapandangan yang bernas itu dapat diperolehi dari semua golongan. Oleh itu permesyuaratanadalah satu sifat yang menjadi lambang kepada perpaduan masyarakat Islam dan keunggulanperibadi individunya.10

v.Al-Ta’awun ( Tolong-menolong)Al-Taawun adalah bertolong-menolong dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.Masyarakat Islam diasaskan dengan landasan yang kuat iaitu saling tolong-menolong di antarasatu sama lain. Setiap individu berasa bertanggungjawab membantu golongan yang lemah.Kaedah ini jelas tergambar dalam peraturan-peraturan seperti pungutan zakat, konsepberdakwah dan sebagainya.Budaya tolong menolong ini perlu wujud di setiap peringkat berikut:i. Menolong diri sendiriManusia berkewajipan menolong dirinya sendiri. Seorang individu tidak boleh menyerahkantugas ini kepada orang lain atau bertawakkal kepada Allah semata-mata. Pergantungan yangketerlaluan kepada orang lain merupakan satu kelemahan kerana setiap individu mestiberusaha mengikut kemampuan dirinya. Walau bagaimanapun di samping menolong dirisendiri, mereka juga mestilah memberikan pertolongan kepada orang lain.ii. Menolong keluargaSetiap individu juga bertanggungjawab menolong ahli keluarga terutamanya terhadap ibubapa,suami isteri dan anak-anaknya. Mereka mestilah memastikan keperluan asasi keluarga dancurahan kasih sayang yang cukup terhadap anggota keluarga yang berada di bawah jagaannya.Ini merupakan amanah Allah kepada setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian.iii. Menolong masyarakatPerhubungan yang erat sesama jiran sangat penting dan amat ditekankan oleh kebanyakanmasyarakat dan agama. Pengalaman menolong di dalam konteks kejiranan dapat melatihindividu untuk menolong di dalam konteks yang lebih luas seperti di peringkat negara danantarabangsa.Islam meggalakkan amalan tolong menolong walaupun terhadap mereka yang tidak seagama.Walau bagaimanapun terdapat juga individu ekstrim yang menggunakan agama sebagai dasaruntuk tidak menolong. Bagi menjamin kestabilan dan keamanan sesebuah masyarakat, sikapseperti ini mestilah dikikis kerana ia akan menyekat lahirnya satu masyarakat yang berbudayapenyayang.iv. Menolong semua makhluk AllahPertolongan di peringkat ini perlu dipupuk di dalam masyarakat kerana ia merupakan suatutuntutan agama. Pertolongan perlu diberikan berasaskan hakikat bahawa segala yang ada dilangit dan di bumi adalah ciptaan Allah yang perlu dilindungi dan dipelihara. Sifat kasihsayang yang diajarkan oleh Islam bukan terbatas kepada manusia sahaja tetapi juga terhadaphaiwan dan tumbuhan.vi.BertoleransiBertoleransi ialah bersikap tolak ansur dalam pergaulan seharian. Toleransi merupakan salahsatu dari ciri kemurnian Islam. Bertoleransi ialah sikap tolak ansur dalam menjaga martabat11

Islam. Konsep toleransi orang Islam kepada orang bukan Islam adalah hasil daripada ideayang disemai oleh agama Islam. Antaranya:a. Setiap muslim mengakui kemuliaan manusia tanpa mengira agama, bangsa danwarna kulit berdasarkan firman Allah yang bermaksud:“ Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam.”( al-Isra‟, 17:70)b. Setiap muslim mempercayai bahawa kebebasan beragama adalah kehendak Allahsemata-mata. Firman Allah yang bermaksud:“ Maka sesiapa yang mahu beriman hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahukufur biarlah dia mengingkarinya.” ( al-Kahfi, 18:29)Oleh itu mereka tidak boleh memaksa manusia seluruhnya menjadi orang-orang Islam.c. Setiap muslim tidak boleh menghina orang kafir kerana kekafiran mereka ataumenyiksa orang sesat kerana kesesatan mereka. Urusan ini hanya terserah kepadaAllah di hari akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud:“ Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: Allah amatmengetahui apa yang kamu lakukan. Allah akan menghukum di antara kamu semuapada hari kiamat mengenai apa yang kamu berselisih padanya.” (al-Haj,22:68-69)d. Allah menyuruh seorang muslim agar bersikap adil dan membenci walaupunkezaliman itu dari seorang muslim. Firman Allah yang bermaksud:“Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorongkamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapasahaja) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” (al-Maidah,5:8)e. Berlumba-lumba melakukan kebaikanSalah satu ciri yang tidak kurang pentingnya dalam melahirkan masyarakat p

Sekiranya tidak ada keseimbangan di antara pembangunan ekonomi dengan peningkatan akhlak masyarakat, sesebuah negara itu tidak boleh dikira sebagai negara maju. Ini adalah kerana kemajuan negara berkait rapat dengan kemajuan pemikiran rakyatnya. iii.