Transcription

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019PENGGUNA DAN KOSMETIK HALAL: PERSPEKTIF SYARIAHNor ‘Adha Ab Hamid, 1 Mohamad Hafifi Hassim [email protected], [email protected] halal global telah mengalami perubahan besar dan pengembangan pesat dalam beberapa sektorpenting yang berkait rapat dengan keperluan halal, seperti makanan dan minuman, kosmetik,farmaseutikal, rantaian bekalan dan logistik, gaya hidup, perkhidmatan perhotelan, perbankan dankewangan serta perdagangan. Pengguna dan masyarakat Islam merupakan antara pelanggan kepadakepelbagaian sektor halal tersebut. Berdasarkan kepada penemuan satu kajian menunjukkan bahawa'Halal' bukanlah satu keutamaan semasa pembelian kosmetik di kalangan wanita Islam Malaysia. Kajianempirikal tersebut menunjukkan tahap kesedaran halal terhadap kosmetik dalam kalangan pembeli adalahrendah kerana halal tidak menjadi keutamaan bagi mereka semasa pembelian kosmetik. Manakala satukajian lain menunjukkan bahawa kualiti kosmetik Halal adalah kriteria penting bagi pembeli beragamaIslam dalam keputusan untuk membeli produk. Perbezaan dapatan kajian ini memerlukan kepada kajianlanjut yang lebih terangkum dari sudut syariah dan perundangan yang mengawalselia, juga meliputikeperluan kajian terhadap pembeli dan gaya hidup, harga, kualiti dan jenama yang secara umumnya masihmenguasai minda pengguna semasa membeli kosmetik. Kertas kerja ini menggunakan metod kualitatifdengan menggunakan kaedah kepustakaan dan bahan literatur serta kaedah kupasan daripada nas-nassyarak, pandangan ulama feqah dan kajian-kajian terdahulu dalam memperincikan lagi kupasan perspektifsyariah dan sikap serta keutamaan dalam pembelian produk kosmetik di kalangan pembeli wanitaberagama Islam. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dari perspektif syariah bagi pengguna wanitaberagama Islam tentang keperluan syarak dalam memilih produk kosmetik, dan mengupas sikap dankeutamaan pengguna beragama Islam yang terlibat dengan pembelian produk kosmetik. Dapatan inidiharapkan berupaya memberi pemahaman kepada masyarakat pengguna terutamanya yang beragamaIslam tentang keutamaan kriteria yang perlu diambil perhatian dalam membeli kosmetik halal berdasarkanperspektif syariah.Kata Kunci: Industri halal, kosmetik halal, syariah, pembeli, penggunaPENDAHULUAN1Pensyarah di Jabatan Undang-Undang (JUU), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Kolej Universiti IslamAntarabangsa Selangor (KUIS).2Pensyarah di Jabatan Undang-Undang (JUU), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Kolej Universiti IslamAntarabangsa Selangor (KUIS).17

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019Halal dan thoyyib adalah keperluan mutlak yang mesti dipenuhi dan dipatuhi pengguna yangberagama Islam. Asal perkataan Arab, ‘halal’ bermaksud sesuatu yang sah dan dibenarkan olehsyariah Islam. Sementara ‘haram’ adalah sesuatu yang tidak sah atau tidak dibenarkan menurutIslam. Konsep halal dan haram ini tidak terhad kepada makanan sahaja, ianya turut merujuk kepadapenggunaan produk secara fizikal atau perkhidmatan yang dibenarkan atau tidak dibenarkan danditegah oleh Islam. Sebarang perkara yang baik dan memanfaatkan hasil penggunaanya adalahhalal di sisi Islam, sementara perkara dan penggunaan yang boleh memudaratkan, memabukkandan tidak selamat untuk digunakan adalah dikategorikan sebagai tidak halal di dalam Islam, dantidak mematuhi piawaian halal di Malaysia.Firman Allah swt di dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud "Wahai sekalian manusia!Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejaklangkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."Allah swt turut berfirman di dalam Surah Al-Nahl ayat 114 yang bermaksud "Oleh itu, makanlah(Wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari bendabenda yang halal lagi baik (halalan thoyyiban), dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benarkamu hanya menyembahNya semata-mata.”Dalam sebuah hadis, al-Nucman ibn Bashir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yangbermaksud: “Perkara yang halal itu jelas dan haram juga jelas. Antara keduanya ada hal-hal yangshubuhat (samar-samar). Jika seseorang mahu meninggalkan hal-hal shubhah yang bolehmenjerumuskan ke dalam dosa, maka dia pasti mahu meninggalkan hal-hal yang jelaskeharamannya. Jika seseorang berani melakukan hal-hal shubhah yang boleh menjerumuskan kedalam dosa, maka dia akan mudah terjerumus kepada hal-hal yang jelas keharamannya.” (alBukhāri. Saḥiḥ al- Bukhāri. Kitab Buyuc. Bab al-ḥalal bayyin wa al- ḥaram bayyin wa baynahumamushabbahat).Berdasarkan kepada bukti-bukti nas tersebut, adalah menjadi kewajiban setiap pengguna yangberagama Islam untuk menggunakan produk, sama ada bersifat pemakanan, penggunaan atauperkhidmatan yang memenuhi piawaian syariah. Terma ‘halal’ perlu seiring dengan terma‘thoyyib’, dan gabungan terma ‘halalan thoyyiban’ ini bersifat amat komprehensif di manapenentuan status kehalalan tersebut bukan sekadar berasaskan kepada kandungannya semata-mata,bahkan bermula daripada sumber asalnya sehingga kepada cara pemprosesan dan penghasilannya.Artikel ini bertujuan untuk mengkaji dari perspektif syariah bagi pengguna wanita beragama Islamtentang keperluan syarak dalam memilih produk kosmetik, dan mengupas sikap dan keutamaanpengguna beragama Islam yang terlibat dengan pembelian produk kosmetik. Berdasarkan kepadapenemuan satu kajian menunjukkan bahawa 'halal' bukanlah satu keutamaan semasa pembeliankosmetik di kalangan wanita Islam Malaysia. Kajian empirikal tersebut menunjukkan tahapkesedaran halal terhadap kosmetik dalam kalangan pembeli adalah rendah kerana halal tidakmenjadi keutamaan bagi mereka semasa pembelian kosmetik (Kamaljeet Kaur et al., 2018).18

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019Manakala satu kajian lain menunjukkan bahawa kualiti kosmetik halal adalah kriteria penting bagipembeli beragama Islam dalam keputusan untuk membeli produk (Aziz et al., 2014). Perbezaandapatan kajian ini mendorong penulis untuk mengkaji dari perspektif syariah, untuk sekurangkurangnya dapat dijadikan asas penting pemilihan dan penggunaan kosmetik dalam kalanganpengguna yang beragama Islam.METODOLOGIKertas kerja ini menggunakan metod kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan danbahan literatur serta kaedah kupasan daripada nas-nas syarak, pandangan ulama feqah dan kajiankajian terdahulu dalam memperincikan lagi kupasan perspektif syariah dan sikap serta keutamaandalam pembelian produk kosmetik di kalangan pembeli wanita beragama Islam. Beberapapandangan dari pihak berkuasa agama yang berkaitan seperti Mufti Wilayah Persekutuan jugadiambil bagi menguatkan analisa kajian.PENGGUNA DAN KOSMETIK HALALPeningkatan bilangan penduduk Islam dunia telah secara langsung mempengaruhi dan memberikesan positif terhadap penggunaan produk halal. Jumlah penduduk Islam dunia semasa seramai1.8 billion dan dijangka akan mengalami peningkatan kepada 2.2 billion pada tahun 2030 (HalalIndustry Development Corporation, 2016). Kesannya, produk dan perkhidmatan halal semakinterus mendapat sambutan dan pilihan bagi para pengguna, sama ada yang beragama Islam danbukan Islam yag turut memilih produk halal untuk digunakan dalam kehidupan seharian,merangkumi produk pemakanan, kesihatan, kosmetik dan pelbagai lagi. Laporan yang dikeluarkanoleh MITI pada tahun 2013 turut menyatakan bahawa para usahawan halal Malaysia mempunyaipotensi untuk menembusi pasaran produk halal global yang kini dianggarkan bernilai AS 2.3trilion, melibatkan kedua-dua sektor bukan makanan dan makanan.Berdasarkan kepada perangkaan Malaysia, pada tahun 2013 negara telah membelanjakan kira-kiraUS 407 juta untuk produk kecantikan khususnya produk kosmetik dan penjagaan diri. Sebahagianbesar permintaan dipenuhi oleh produk import dari Amerika Syarikat, Jepun dan Thailand.Malaysia telah memperuntukkan kira-kira US 295 juta untuk produk yang diimport dan jikadibandingkan jumlah import dengan saiz penduduk 29.72 juta pada tahun itu, ia sama seperti setiaprakyat Malaysia membelanjakan sebanyak US 10 juta untuk produk kosmetik dan penjagaan diri(U.S. Commercial Service 2015). Situasi perkembangan ini turut didorong oleh taraf kehidupanrakyat semakin tinggi dan kebanyakan daripada mereka mementingkan aspek penjagaan dankecantikan diri (Darma Ta Siyah, 2015).19

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019Walaupun industri penjagaan diri dan kosmetik halal masih baharu berbanding industri lain sepertimakanan, perbankan, perkhidmatan kewangan, logistik, perhotelan dan farmaseutikal yang sudahmengaplikasikan konsep halal, kosmetik halal juga semakin mendapat permintaan dalam kalanganpengguna. Pengusaha juga harus sedar tentang situasi pasaran kosmetik dunia yang semakinmeluas dan memberi peluang kepada kosmetik halal. Selain itu, keperluan penjagaan diri dankosmetik ini juga bukan sahaja tertumpu kepada golongan wanita sahaja, malah golongan lelakijuga turut menitikberatkan aspek penjagaan diri agar tampil kemas dan bersih. Hal ini turutmembuka peluang kepada golongan bukan Islam untuk mencuba produk kosmetik halal.Seterusnya memberi peluang kepada peningkatan industri produk kosmetik halal dan menjadikanindustri kosmetik halal sebagai salah satu daripada sektor ekonomi yang akan membantupertumbuhan ekonomi negara. Pada ketika ini, industri kosmetik banyak dikuasai oleh pengusahabukan Islam. Oleh itu, timbul isu berkaitan dengan bahan-bahan yang digunakan dalampenghasilan produk kosmetik halal (Bahli, 2016). Adakah bahan-bahan tersebut memenuhi kriteriabagi produk yang halal iaitu selamat, suci tidak memudaratkan dan bersih untuk digunakan olehpengguna?‘Consumers International’ merupakan pertubuhan antarabangsa berobjektifkan memberiperlindungan kepada pengguna di peringkat global telah menggariskan lapan hak kepada penggunaiaitu: hak untuk mendapat keselamatan, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk membuatpilihan, hak untuk bersuara, hak untuk mendapat keperluan asas, hak untuk mendapat gantirugi,hak untuk mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk mendapat alam sekitar yang selamat dansihat. Kesemua hak ini dalam mendukung konsep 'halalan thoyyiban' dalam kesemua aspekpenggunaan terutamanya dalam mendapatkan barangan yang berkualiti dan bersih. Sebagaicontoh, hak pengguna untuk mendapatkan keselamatan adalah sangat berkait rapat dengan konsep‘halalan thoyyiban’. Menerusi hak ini, kesemua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkankepada pengguna adalah bebas daripada kecacatan yang boleh mengancam nyawa dankeselamatan pengguna. Tanggungjawab diletakkan ke atas golongan pembekal bagi memastikanbarangan yang dibekalkan kepada pengguna adalah benar-benar selamat untuk digunakan.Tanggungjawab sebegini merupakan elemen yang ditekankan dalam konsep 'halalan thoyyiban'.Bagi tujuan artikel ini, perbincangan difokuskan kepada barangan yang dibekalkan kepadapengguna tersebut adalah produk kosmetik dan kecantikan. Apakah sebenarnya maksud kosmetik?Kosmetik adalah bahan yang digunakan pada bahagian luaran atau fizikal pengguna seperti kulit,rambut, muka, kuku dan bibir untuk tujuan kecantikan, pembersihan dan produk wangian (Priya,2011). Kosmetik adalah persediaan atau campuran bahan-bahan yang sedia untuk digunakan diluar badan seperti epidermis, rambut, kuku, bibir, gigi, dan rongga mulut, sebagai contoh, untukmembersihkan, meningkatkan daya tarikan, perubahan penampilan, melindungi supaya ia kekaldalam keadaan baik, bau yang betul badan tetapi tidak bertujuan untuk merawat ataumenyembuhkan seseorang penyakit (Hendri Wasito dan Dian Herawati E, 2008). Kosmetik adalahbahan yang digunakan untuk menggosok, ditaburkan atau disembur pada tubuh manusia atau20

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019bahagian tubuh manusia yang berfungsi untuk mencuci, mencantikkan, menambah daya tarikanatau menukar rupa (Ayu Maharani, 2015).Di Malaysia, produk kosmetik adalah diletakkan di bawah Peraturan Kawalan Dadah danKosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan “Guideline for Control of CosmeticProduct in Malaysia”. Akta ini bertujuan untuk melindungi dan menjamin tahap kualiti dankeselamatan produk kosmetik kepada para pengguna. Kerajaan Malaysia turut membangunkansatu standard khusus untuk kosmetik halal iaitu MS2200: Bahagian 1:2008 Barang Gunaan Islam– Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri – Garis Panduan Umum. Merujuk kepada Peraturanini, kosmetik dan dandanan diri ditakrifkan sebagai bahan dan sediaan yang dibuat untukbersentuhan dengan pelbagai bahagian luaran badan (epidermis, rambut, kuku, bibir dan organsulit luaran) atau pada gigi dan saluran mukus di mulut. Ini bertujuan semata-mata untukmembersih, mewangikan, mengubah penampilan dan/atau membaiki bau badan dan/ataumelindunginya atau memeliharanya dalam keadaan yang baik. Produk ini bukan bertujuan untukmerawat atau mencegah penyakit (JSM 2008; NPCB 1984). Merujuk kepada definisi yangdiberikan pelbagai pihak, fungsi kosmetik adalah untuk kecantikan, penjagaan kulit dan jugaperlindungan kulit.Antara contoh jenis produk kosmetik adalah pencuci muka, losyen kulit, krim muka, gincu danminyak wangi. Kosmetik halal pula merujuk kepada produk kosmetik yang selamat, suci dan tidakmengandungi sebarang sumber daripada binatang seperti lemak haiwan. Mutakhir ini, kosmetikmerupakan salah satu produk yang perlu dimiliki dan wajib ada dalam kehidupan wanita dan tidakketinggalan juga untuk para lelaki (Ahmad, 2015). Masyarakat sekarang mementingkan aspekpenjagaan diri untuk meningkatkan keyakinan diri untuk kelihatan bergaya. Permintaan kosmetikhalal juga mengalami peningkatan bukan sahaja kerana pertumbuhan masyarakat yang beragamaIslam, tetapi kerana keyakinan terhadap kualiti dan keselamatan kosmetik halal. Persoalannyaadakah pengguna beragama Islam mengetahui dan memahami bahawa produk kosmetik yangmereka gunakan adalah halal berdasarkan syariah dan piawaian yang telah ditetapkan olehstandard halal?MS2200: BAHAGIAN 1:2008 BARANG GUNAAN ISLAM – BAHAGIAN 1: KOSMETIKDAN DANDANAN DIRI – GARIS PANDUAN UMUMMenyedari sebahagian produk kosmetik dan kecantikan yang ditawarkan di pasaran mengandungibahan-bahan terlarang dan tidak pasti kehalalannya di sisi syarak, maka penilaian secarakomprehensif perlu dilaksanakan untuk menentukan hukum kandungan produk. Dalam kontekspelaksanaannya di Malaysia, penilaian yang dilakukan merangkumi keperluan standard atauperundangan dan keperluan dari perspektif syariah.Standard Malaysia iaitu MS2200: Bahagian 1:2008 Barang Gunaan Islam – Bahagian 1:Kosmetik dan Dandanan Diri – Garis Panduan Umum mengandungi garis-garis panduan yang21

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019praktikal bagi industri kosmetik dan dandanan diri halal. la bertujuan menyediakan peraturan asasbagi produk kosmetik dan dandanan diri serta perdagangan atau perniagaan di Malaysia. Standardini digalakkan untuk digunakan bersama-sama dengan Guidelines for Control of CosmeticProducts in Malaysia dan Guidelines on Cosmetic Good Manufacturing Practice, NationalPharmaceutical Control Bureau (klausa 1, MS2200).Klausa 3.3 dan 3.4 MS2200 menyatakan dengan jelas perkara berikut:Klausa 3.3 - Kosmetik dan dandanan diriKosmetik dan produk dandanan diri adalah bahan dan sediaan yang dibuat untuk bersentuhandengan pelbagai bahagian luaran badan (epidermis, rambut, kuku, bibir dan organ sulit luaran)atau pada gigi dan saluran mukus di mulut. Ini bertujuan semata-mata untuk membersih,mewangikan, merubah penampilan dan/atau membaiki bau badan dan/atau melindunginya ataumemeliharanya dalam keadaan yang baik. Produk ini bukan bertujuan untuk merawat ataumencegah penyakit.Klausa 3.4 - Kosmetik dan dandanan diri halalProduk kosmetik dan produk dandanan diri yang halal, termasuk aksesorinya, adalah produk yangdibenarkan oleh hukum Syarak serta menepati ciri-ciri berikut: a) bukan terdiri daripada ataumengandungi apa-apa bahagian atau bahan daripada anggota manusia atau terbitan daripadanya;b) bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahan daripada haiwan yang orang Islamdilarang oleh hukum Syarak menggunakannya atau memakannya ataupun tidak disembelihmengikut hukum Syarak; c) tidak mengandungi apa-apa bahan atau bahan terubahsuai genetik(GMO) yang dihukum sebagai najis mengikut hukum Syarak; d) tidak disedia, diproses, dikilangatau disimpan dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas daripada bahan-bah an najismengikut hukum Syarak; e) apabila menyedia, memproses atau mengilang produk tersebut, tidakbersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi kehendak-kehendakperenggan a), b), c) atau d); dan f) tidak memudaratkan pengguna atau pemakainya.Sementara untuk memastikan kosmetik dan dandanan diri tersebut halal, aliran proses penyediaanproduk, pengendalian dan pengedarannya mesti memenuhi peruntukan klausa 4.4 berikut:Klausa 4.4 - Pemprosesan, pengendalian dan pengedaran produkSemua bahan kosmetik dan dandanan diri adalah halal sekiranya la menepati syarat-syarat berikut:a) aliran pemprosesan (processing line), peralatan dan perkakas dimestikan khusus untukpengeluaran halal sahaja; b) produk atau ramuannya tidak mengandungi bahagian atau produkdaripada haiwan yang tidak halal mengikut hukum Syarak atau produk daripada haiwan yang tidakdisembelih mengikut hukum Syarak; c) produk itu tidak mengandungi walau sedikitpun bahanbahan yang disahkan sebagai najls oleh hukum Syarak; d) produk atau ramuannya adalah selamatdan tidak memudaratkan; e) produk tersebut disedia, diproses dan dikilang menggunakan peralatan22

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019dan kemudahan yang bebas daripada dicemari oleh najis; dan f) semasa penyediaan, pemprosesan,pembungkusan, penyimpanan atau pengangkutan, ia hendaklah diasingkan sepenuhnya daripadamakanan yang tidak menepati syarat-syarat yang dinyatakan dalam butiran a), b), c) d) dan/atau e)atau segala apa perkara yang disahkan sebagai najis oleh hukum Syarak.NILAI AGAMA DAN SIKAP PENGGUNA KOSMETIKSecara umumnya, agama boleh ditafsirkan sebagai galakan naluri untuk percaya dan menjalankandari agama yang dia percaya, dalam bentuk mematuhi kepatuhan agama termasuk kepercayaanpada Tuhan, penyembahan, dan norma yang menjaga hubungan manusia dengan Tuhan(Desertasi, 2016). Ianya boleh ditafsirkan sebagai rasa percaya diri dalam mempercayai agamaseseorang. Melaksanakan imannya dalam kehidupan sehariannya dan bagaimana hubungannyadengan Khalik (Fauzham Adhim, 2009). Kepelbagaian dalam agama tidak hanya merujuk kepadadimensi ritual semata-mata, tetapi turut termasuk pelbagai dimensi lain. Kepelbagaian dimensidalam agama adalah instrumen yang boleh digunakan untuk mengukur kepercayaan seseorang.Menurut Roland, dimensi agama dibezakan dalam lima perkara iaitu kepercayaan, amalan,pengalaman, pengetahuan dan akibat akibatnya. Sikap agama adalah sikap yang ada dalamseseorang yang menggalakkannya untuk berkelakuan sesuai tahap ketaatan kepada agama. Sikapkeagamaan adalah melalui kewujudan konsistensi antara kepercayaan agama sebagai elemenkognitif, perasaan ke arah agama sebagai elemen yang berkesan, dan tingkah laku ke arah agamasebagai unsur konatif (Jalaluddin, 2012).Wanita menggunakan kosmetik bagi memenuhi keperluan yang timbul daripada kesan fisiologidan keperluan psikologi. Sebagai contoh keperluan fizikal untuk kebersihan diri, kesihatan dankecantikan. Keperluan psikologi misalnya untuk diri sendiri dan rasa keinginan untuk dihargai.Faktor nilai keagamaan pada dasarnya mampu mempengaruhi kelakuan penggunaan wanita Islamdalam menggunakan kosmetik yang halal dan baik, berbanding kosmetik yang tidak pasti statushalalnya. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan berbeza di mana didapati pengguna beragamaIslam tidak menjadikan faktor keagamaan sebagai nilai utama dalam pembelian dan penggunaanproduk kosmetik. Kosmetik halal tidak dijadikan syarat utama semasa pembelian. Kriteria utamabagi pengguna dalam pemilihan sesuatu produk bukan bergantung kepada nilai agama tetapidipengaruhi oleh teknik pengiklanan, gaya hidup, cita rasa, harga atau pendapatan.Di sisi lain, Islam merupakan agama yang menaruh perhatian pada persoalan kebersihan, kesucianserta keindahan tersebut. Islam bahkan menggalakkan umatnya supaya menjaga dan memeliharadiri. Terkait dengan keindahan kesucian, Allah SWT berfirman:“Sesunggungnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orangmenyucikan diri.”(Al-Baqarah:222)23

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019Begitu banyak nas-nas didalam al-Qur’an maupun hadits yang memberikan motivasi agar seorangmuslim mahupun muslimah untuk suka akan keindahan. Bagi muslimah, bahkan dianjurkan untukberhias diri untuk keperluan-keperluan tertentu, seperti untuk menyenangkan suami dansebagainya. Seorang muslimah juga dianjurkan untuk memakai celak mata, dan hinna’ (pacarpewarna kuku alami) serta bahan-bahan lain yang tidak membahayakan tubuhnya, tidakberlebihan, dan tidak mengubah ciptaan Allah SWT.Keinginan pengguna hari ini lebih mementingkan kecantikan diri sebagai satu keperluan danbersedia membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu produk (Hassali et al. 2015;Sanep Ahmad et al. 2014). Namun, Islam mesti dilaksanakan secara komprehensif olehpengikutnya dalam semua aspek kehidupannya termasuk masalah ekonomi. Ekonomi Islam adalahakibat yang logik dari kesempurnaan itu sahaja (Mustafa Edwin Nasution, et al., 2006). Maknapenggunaan dalam ekonomi Islam adalah memenuhi keperluan baik secara fizikal dan rohaniuntuk memaksimumkan fungsi kemanusiaannya sebagai hamba Allah SWT untuk mendapatkankemakmuran atau kebahagiaan di dunia dan akhirat (falah) (Amri Amir, 2013). Dalam hal ini,penulis berpendapat walaupun pengguna membuat pemilihan kosmetik berdasarkan penguasaanatau tiada penguasaan dari sudut ekonominya, namun secara komprehensifnya pengguna perlumemilih yang baik dan halal terlebih dahulu, berbanding pilihan terhadap produk yang haram ataushubhah. Nilai-nilai tinggi agama perlu diambil berat dalam pemilihan dan penggunaan produk.Nik Mustapha Nik Hassan (2008) Percaya kepada alam akhirat ada pertalian yang rapat dengankepercayaan kepada Allah. Ia memberi pengertian bahawa manusia wujud di dunia untuksementara waktu sahaja dan kewujudan manusia yang hakiki adalah di alam akhirat. Ini bererti,kehidupan manusia akan berterusan hingga di alam akhirat. Corak kehidupan sesorang di duniaakan mewarnakan kehidupannya kelak di alam akhirat, bahawa alam akhirat itu adalah penerusanhidup manusia selepas mati. Kepercayaan ini memberi kesan-kesan yang mendalam kepadagelagat pengguna. Sebagai contoh, aktiviti kepenggunaan akan dipengaruhi di mana penggunapengguna akan menilai tindak tanduknya dari sudut kesan yang ia perolehi sekarang danseterusnya yang akan diperolehi di alam akhirat. Oleh kerana itu pengguna yang beragama Islamakan cuba untuk mengguna barangan dan perkhidmatan untuk faedah (utiliti) di masa ini danseterusnya faedah yang akan diperolehi di alam akhirat.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zakiah Bt. Samori (2011) pula mendapati sebahagianbesar masyarakat Islam di Selangor sedar dan prihatin mengenai kepentingan produk kosmetikhalal dengan mengambil langkah tertentu seperti meneliti logo halal yang diiktiraf JAKIMsebelum membuat pembelian. Menurut Nor Aini & Mohd Ali (2013), pengguna sedar bahawapasaran pada hari ini dipenuhi dengan lambakan produk kosmetik halal. Pengguna begitu yakinbahawa logo yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM merupakan logo halal yang sah digunakan. Adasesetengah pengguna yang yakin bahawa terdapat juga logo halal yang sah digunakan iaitu logohalal yang dikeluarkan oleh pihak MAIN dan pihak JAIN.24

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019KOSMETIK DAN KUPASAN PERSPEKTIF SYARIAHPada dasarnya pemakaian produk kosmetik dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agarorang lain merasa senang memandang adalah diharuskan.Perhiasan kosmetik itu selama manaianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syarak adalah sangat digalakkan dan dituntutdalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiapkali pergi ke masjid. Misalnya dalam firman Allah SWT:“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kalikamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah,dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yangmelampaui batas.”(al-A‘raf: 31)Selaras dengan ajaran Islam, dua perkara yang mesti dipertimbangkan dalam penggunaankosmetik adalah kebersihan dan kesucian. Kosmetik yang dibenarkan dalam Islam adalah yangbersifat halal, tidak haram, tidak membahayakan penggunaan tubuh dan juga boleh memanfaatkanpenggunaannya. Setiap muslim perlu memastikan apa yang dimakan, dipakai atau dikenakan padatubuhnya hendaklah diketahui dari manakah sumbernya (Zalina Zakaria, 2007).Dalam syariat Islam, pemakaian kosmetik adalah sama sekali tidak dilarang. Ianya mencerminkanIslam itu sebagai satu agama yang sangat mementingkan kecantikan dan kebersihan. Namun ruangdan peluang yang diberikan oleh Islam bukanlah secara mutlak. Syariah telah menetapkanbeberapa garis panduan yang membenarkan wanita Islam khususnya untuk menggunakan produkproduk kosmetik dengan tujuan untuk berhias dan memperbaiki penampilan diri, antaranya:I.Produk kosmetik digunakan untuk tujuan memperelokkan wajah dan menyenangkan hatisuami.Penggunaan produk kecantikan kosmetik boleh digunakan atas niat untuk memperelokkanrupa paras atau menambah seri wajah. Ianya harus digunakan bagi menyenangkan hatisuami khususnya. Firman Allah SWT:Tidak halal bagimu menikahi wanita-wanita sesudah itu dan tidak boleh (pula) menggantimereka dengan istri-istri (yang lain), meskipun kecantikan mereka menarik hatimu, kecualiwanita-wanita (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan Allah Maha mengawasi segalasesuatu.”(Al Ahzab: 52)Berdasarkan ayat ini dapat difahami adalah dilarang bagi wanita-wanita untukmempercantikkan dan berhias diri selain untuk suami mereka sendiri.25

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019II.Produk kosmetik yang digunakan mestilah dari sumber yang halalMencari yang halal itu merupakan kefardhuan bagi setiap umat Islam. Begitu juga denganpemilihan produk-produk kosmetik. Produk kosmetik yang digunakan mesti bebasdaripada sebarang unsur yang meragukan dan membahayakan. Prinsip halalan toyyibanharus diaplikasikan dalam pemilihan dan penggunaan kosmetik. Yusuf al-Qaradhawi(1985) menegaskan bahawa terdapat 11 garis panduan dalam memilih sesuatu produkmakanan atau kosmetik sebagai halal, iaitu:i.ii.iii.iv.v.vi.vii.viii.ix.x.Penentuan halal-haram adalah hak mutlak Allah semataMengharamkan yang halal dan sebaliknya merupakan kesyirikan.Perkara haram akan menimbulkan keburukan dan mudarat.Setiap yang halal tidak memerlukan yang haram.Perantara menuju keharaman adalah haram.Bersiasat terhadap yang haram adalah haram.Niat baik tidak menghalalkan yang haram.Jauhilah syubhah agar tidak terjatuh dalam perkara haram.Yang haram berlaku untuk semua orang.Darurat membolehkan yang terlarang.Oleh yang demikian, garis panduan tersebut hendaklah dijadikan sebagai panduan olehsemua umat Islam supaya dapat memudahkan mereka untuk memilih makanan dan produkhalal dengan meneliti prinsip yang telah digariskan ini.Kita boleh melihat kepada hukum penggunaan siput babi sebagai bahan kosmetik. Hukumasal bagi siput babi adalah bukan najis. Ini kerana tidak ada dalil yang sarih dan sahih yangmengharamkannya. Maka hukum penggunaan siput babi dalam penghasilan produkkosmetik adalah harus. Ini kerana terdapat padanya manfaat dan menghasilkan banyakmanfaat yang lain daripadanya. Siput babi juga merupakan haiwan yang tidak diharamkanatau dihalalkan oleh nas secara jelas dan sahih. Haiwan ini merupakan haiwan yangdisenyapkan status hukumnya oleh syara’ untuk dimakan atau digunakan ataudimanfaatkan (Irsyad Fatwa, 2017).III.Tabbarruj atau berlebih-lebihan dalam menghias diriMenurut Kamus al-Miftah (2008) tabarruj bermaksud menghias diri. Tabarruj ialahperkataan Bahasa Arab, secara literalnya bermaksud berhias. Dalam Islam, konseptabarruj memberi makna memperagakan keindahan yang dilakukan oleh kaum wanitayang mana peragaan itu dapat menarik perhatian kaum lelaki dari aspek syahwat.Pemakaian produk kosmetik secara tidak langsung akan menaikkan imej danmenyerlahkan kecantikan semulajadi seseorang wanita. Wajah yang biasanya nampak26

5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019)KUIS, 24 September 2019polos dan kurang bermaya akan kelihatan lebih bertenaga, cerah dan berseri. Ianyasekaligus dapat menarik perhatian orang disekeliling, khususnya lelaki. Justeru itu, Yusofal-Qardawi (2011), menyenaraikan beberapa peringatan dalam etika berhias bagi wanita,antaranya ialah dibolehkan membuka wajah (menampakkan rupa paras), tidakdimaksudkan agar wanita menghiasnya dengan bermacam-macam bedak dan solekan yangberwarna-warni.KESIMPULANPengguna wanita dan kosmetik amat berkait rapat dan sinonim dalam masyarakat. Perkembanganteknologi hari ini menjadikan lebih mudah bagi pengguna untuk meneroka maklumat kosmetikhalal yang diperlukan. Pengetahuan yang diperolehi oleh pengguna dari pelbagai media turutmemudahkan pengguna untuk memilih produk yang halal dan sesuai dengan keperluan mereka.Namun masih kedapatan pengguna beragama Islam yang tidak menjadikan nilai agama sebagaifaktor utama dalam pembelian dan penggunaan produk kosmetik dan kecantikan. Hasil kupasandari perspektif syariah tentang kewajiban penggunaan barangan halal ini diharapkan mampumenyedarkan para peng

Nor ‘Adha Ab Hamid,1 2Mohamad Hafifi Hassim [email protected], [email protected] ABSTRAK Industri halal global telah mengalami perubahan besar dan pengembangan pesat dalam beberapa sektor penting yang berkait rapat denga